
Apa sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka menjadi dingin.
Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di G4za baru-baru ini.
Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak m4lang di bumi P4lestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.
Ebit memberikan mainan kepada kanak-kanak ketika berkunjung ke perkampungan mereka di G4za.
“Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak m1skin.
“Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang P4lestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab,” katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp Ebit.
Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.
Budak m1skin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali. – Caprice
Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza.
Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di P4lestin.
“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu kecoh selepas orang G4za tanya tentang hal berkenaan.
“Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.
“Orang G4za soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak k3s berlaku macam ni,” katanya.
Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mendedahkan dia juga sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ebit di Instagram.
Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw
Sumber : mstar
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.