Kehadiran Isteri Tengku Mahkota Kelantan Di Hospital Raja Perempuan Zainab II Buat Ramai Terpegun

0
4274

Kehadiran Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada petang Selasa, mengujakan pesaklt dan kakitangan hospital berkenaan, lapor Astro Awani.

Seorang pesaklt yang sedang menerima rawatan, Nur Amira Lyana Abdul Hamid, 28, berkata, sebaik didekati pasangan diraja itu, dia terus memuji kejelitaan Cik Puan Sofie.

“Ketika Cik Puan Sofie tiba di katil saya, secara spontan mulut berkata ‘You are very beautiful’, kerana terpegun dengan kejelitaannya yang dapat saya lihat depan mata.

“Saya memberitahu Tengku Mahkota bahawa sebelum ini hanya melihat isteri baginda menerusi televisyen dan surat khabar sahaja, rupa-rupanya Cik Puan memang jelita orangnya,” katanya ketika ditemui di Wad Puteri.

Tengku Mahkota dan isteri meluangkan masa lebih satu jam melawat 67 pesaklt di Wad Puteri dan Anggerik sambil mengurniakan zakat dan sumbangan peribadi kepada pesaklt.

Ziarah baginda berdua disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini Hussin dan Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Turut hadir, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, yang juga Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Timbalan MAIK serta timbalannya, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi.

Sementara itu, Nik Mohd Azlan berkata baginda Tengku Mahkota mengurniakan sumbangan zakat MAIK berjumlah RM30,000 kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan HRPZ II dan sumbangan peribadi baginda kepada 67 pesaklt sebanyak RM300 setiap orang.

“Tengku Mahkota sememangnya seorang yang berjiwa rakyat dan sangat kasihkan kanak-kanak malah selalu mengambil berat kesusahan rakyat negeri ini.

“Sekiranya ada terdengar mengenai kesusahan hidup yang dialami rakyat, baginda akan turun padang menziarah dan menyampaikan sendiri sumbangan,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro Awani via MediaHiburan