Kerana Kuasa Media Sosial, Pak Cik Jual Burger ‘Murah Dan Sedap’ Dapat Ramai Pelanggan

0
418

Walaupun terdapat banyak pilihan burger di restoran-restoran segera yang popular, burger jalanan tetap menjadi satu-satunya burger yang dapat memuaskan tekak rakyat Malaysia.

Menyedari hakikat itu, seorang individu berkongsikan pengalamannya berhenti untuk membeli burger Ramly daripada seorang pak cik yang meniaga di tepi jalan.

Dalam satu tweet, pengguna atas nama Aniq Fakhrullah itu berkongsikan betapa sedapnya burger Ramly yang dijual di gerai burger Pak Cik berkenaan gara-gara sifat Pak Cik itu yang tidak kedekut untuk meletakkan segala bahan-bahan ke dalam burgernya dengan berlebihan untuk ‘bagi sedap’.

Namun Pak Cik itu meluahkan rasa terkilan kerana gerainya tidak ‘viral’ seolah-olah tiada yang menghargai sifat pemurahnya itu.

Berikutan kata-kata Pak Cik itu, Aniq meminta netizen untuk menularkan gerai burger berkenaan agar lebih ramai dapat menikmati keenakkan burger Pak Cik itu, dan hasilnya posting itu kini telah tular sehingga mencecah 30 ribu retweets di mana ramai yang berpusu-pusu ingin mencubanya.

Malah, ada juga yang pernah singgah di gerai burger yang terletak di hadapan kedai DIY di Tapah itu mengaku burger yang dibuat Pak Cik itu sangat sedap dan murah.

“Siap nasihat suruh makan panas-panas…”

“Banyakk sossss…”

“Berbaloi gais…”

“Dia tak kedekut sos…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter via HCL