Netizen Rayu Malaysia Airlines Terbangkan Adik Ainul Ke UK, Ini Respon Pihak Mereka

0
319

Netizen memohon pihak Malaysia Airlines (MAS) untuk menerbangkan adik Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin ke United Kingdom (UK) untuk bertemu pakar perubatan dan mendapatkan rawatan segera.

Membuat rayuan terbabit di laman sosial Twitter, seorang pengguna @shfiqzahari menulis agar pihak MAS dapat menerbangkan keluarga itu ke UK dalam kadar segera.

Mendapat perhatian pihak tersebut, MAS mengucapkan terima kasih kepada warga Twitter yang menghubungi mereka tentang isu ini.

“We are aware of baby Ainul’s condition and the Malaysia Airlines family will continue keeping her, and her family in our thoughts and prayers.

“We will also be reaching out to Dr. Amalina and her medical team for more information in the coming days,” respon syarikat penerbangan itu di laman rasmi Twitter mereka.

Terdahulu, Dr. Amalina dan sekumpulan pakar perubatan di UK sudah bersedia untuk merawat bayi perempuan berusia lapan bulan itu.

Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.

Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.

“Dalam perbualan kami, Dr Amalina minta laporan perubatan anak saya kerana akan membawa isu itu kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing.

“Menurutnya, dia akan sentiasa berhubung dengan saya.

“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan anaknya.

Selain itu, katanya, seorang doktor tempatan dari hospital swasta ada menyarankan mereka sekeluarga mengisi borang untuk mendapatkan khidmat perubatan di Amerika Syarikat (AS).

“Doktor itu beritahu saya untuk isi borang selengkapnya bagi dihantar ke Universiti Perubatan John Hopkins, Baltimore, Maryland, AS. Dia akan bantu kirimkan borang itu kepada universiti terbabit,” katanya.

Sebelum ini, Dr Amalina menerusi akaun IG dramalinabakri memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyak1t dialami Ainul Mardhiah.

Dalam statusnya itu, tertulis yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan k3s yang dianggap kompleks itu.

Ada juga netizen yang turut memohon rayuan daripada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan juga Neelofa selaku ahli lembaga pengarah AirAsia. 

Tweet pengguna tersebut telah mendapat hampir 9,000 retweet dan pastinya sokongan padu seluruh rakyat Malaysia.

Mereka turut sama-sama berdoa agar pihak MAS segera menerbangkan keluarga adik Ainul dan segala urusan mereka dipermudahkan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro Gempak