“Berpuluh Lagi Orang Dia Nak Bagi, Jangan Batak Duit Raya” – Sharnaaz Ahmad

0
1082

Pelakon Sharnaaz Ahmad menempelak tindakan sesetengah ibu bapa yang mempertikaikan jumlah duit raya diperoleh anak mereka seperti mana yang sedang tular ketika ini.

Sharnaaz menerusi Instagram Stories meluahkan pendapat, semua individu yang menerima duit raya perlu menghormati pemberian berkenaan walau berapa pun jumlahnya.

“Duit raya banyak atau sedikit, tolong hormat orang bagi tu yang penting orang bayar zakat dan bahagian dia, jangan batak duit raya,” katanya.

Menurutnya lagi, biarpun indvidu yang kita kenali merupakan golongan kaya raya, orang ramai perlu faham jumlah kanak-kanak yang perlu diberi bukanlah sedikit.

“Duit raya banyak atau sedikit, tolong hormat orang bagi tu. Yang penting orang bayar zakat dan bahagian dia, jangan batak duit raya. Kaya macam mana pun orang tu, kalau dia ada berpuluh orang nak bagi, fikir sama kesempitan yang dia kena lalui,” katanya.

Terdahulu tular seorang wanita yang melahirkan kekecewaan apabila anak saudaranya hanya memberi duit raya RM5 di laman Twitter.

Berikutan itu, akaun Twitter miliknya diser@ng oleh warganet yang tidak berpuas hati dengan pendapat berkenaan.

Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima 959 komen dan ‘retweet’ sebanyak 697 kali.

Menerusi tweet terbabit, Mama Ejja menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya.

Menurut Mama Ejja, biarpun mempunyai kereta mewah dan bergaji besar, namun saudara maranya masih tetap memberi duit raya serendah RM5.

Rentetan daripada tweet berkenaan, akaun miliknya kemudian diser@ng dengan ratusan kec@man oleh warganet.

Kebanyakkannya dilihat tidak berpuasa hati dengan pandangan terbabit,malah menyifatkan wanita berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya.

Anda boleh lihat komen di bawah:

Ini antara komen yang bersifat keterlaluan:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak