Happy Birthday… Ainul Mardhiah Sambut Ulang Tahun Pertama Hari Ini!

0
358

Bayi yang selamat menjalani pemb3dahan membuang ketvmbuhan di dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut ulang tahun pertamanya hari ini.

Menerusi laman sosial Facebook, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memuat naik video terbaru anaknya beserta satu ucapan selamat ulang tahun.

“Alhamdulillah. Cukup usia Ainul Mardhiah setahun. Semoga Allah SWT merahmati dan melindungimu anak. 

“Semoga jadi anak yang solehah, hamba yang taat dan menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain,” luah Safiuddin menerusi ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi 11 saat itu, menunjukkan Ainul memegang belon yang tertera ucapan ‘Happy birthday princess’.

“Walid dengan mama sayang Ainul,” tulis Safiuddin lagi di hujung ucapan.

Perkongsian yang dibuat tiga jam lalu turut dihujani dengan ucapan ulang tahun dan doa daripada netizen.

“Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah..hari ni genap setahun umur Ainul Mardhiah… Kau berilah kesihatan dan keceriaan hidup yang berpanjangan untuknya dan jadikan Ainul anak yang solehah penyejuk hati mama & walidnya sentiasa.. Amin,” doa seorang netizen.

“Sanah helwah Ainul Mardhiah semoga Allah limpahkan segala rezeki untuk Ainul dan dipermudahkan segala urusan Ainul baik di dunia mahupun akhrat. Ainul anak solehah semoga selalu dalam lindungan Allah,” ucap seorang netizen pula.

“Pandainya Ainul pegang belon. Happy birthday!” puji seorang netizen lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, cukup setahun. Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kamu anak!

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Sementara itu, ibunya pula, Nurul Erwani, sempat membuat titipan istimewa buat anaknya. Bagi, ibu muda ini, Ainul telah mengajarnya erti kehidupannya yang sebenar.

Membessar jadi anak solehah ya Ainul

Di ruangan komen pula, orang ramai masih tidak putus-putus memberi ucapan hari lahir dan doa buat bayi bertuah Ainul Mardhiah, yang kini semakin membesar dengan sihat dan bijak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dappppp nyeeee. Rasa manis manis kat jari. Tapi air liur tu jangan lah sapu satu muka. . Apa ainul ingat air liur tu boleh scrub muka ke?

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak