Hanya satu hari, satu malam.. pengantin berjaya ‘shooting’ video perkahwinan Avengers!

0
303

Video pra perkahwinan yang tular di laman Twitter.

AVENGERS Endgame yang ditayangkan sejak 24 April lepas telah menjadi perbualan hangat sehingga berlaku fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Pasangan pengantin baharu ini juga tidak mahu ketinggalan apabila memilih menggunakan tema filem kegemaran ramai itu untuk video perkahwinan mereka.

Pengantin perempuan, Anis Athirah Mohd Ishak, 25, berkata dia adalah salah seorang peminat Avengers keluaran Marvel itu sejak 11 tahun yang lalu.
“Pada mulanya suami saya bercadang untuk menggunakan tema Avengers bagi video pra perkahwinan sahaja kerana kebetulan hari persandingan kami pada 27 April.

“Memandangkan ketika itu musim filem Avengers Endgame pada minggu yang sama kami bakal melangsungkan hari perkahwinan, jadi kami pun ambil keputusan untuk buat juga video kahwin bertemakan Avengers.

Anis dan suaminya yang melangsungkan perkahwinan pada 27 April lalu. Foto ihsan: Anis Athirah

“Kami pun sebenarnya peminat Avengers dan dari dahulu lagi sering mengikuti cerita terbitan Marvel itu,” ujarnya ketika dihubungi oleh mStar.

Menceritakan tentang pengalaman Anis terlibat dalam penggambaran video pra perkahwinannya bersama Double F Studio, ia merupakan satu cabaran dan pengalaman yang mengujakan.

“Tiada masalah sepanjang melakukan penggambaran untuk video tersebut cuma kami hanya takut jika faktor cuaca seperti hujan. Kebetulan ada scene yang melibatkan waktu malam pun takut juga tetapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

“Kami membuat penggambaran di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang dan Cheras. Penggambaran hanya mengambil masa satu malam sahaja yang bermula dari 11 malam hingga 6 pagi sebab kami bekerja pada siang hari.

Anis bersama suaminya, Muhammad Auf Harizon. Foto ihsan: Anis Athirah

Sementara itu Pengarah Kreatif Double F Studio, Muhammad Fikri Abdullah berasa lega apabila pelanggannya itu amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

“Pada mulanya kami menolak untuk membuat konsep tersebut kerana biasanya kami hanya buat berdasarkan ‘creative content’ dan ‘beauty shot’ sahaja.

“Namun disebabkan mereka betul-betul menginginkan konsep itu, kami cuba buat untuk mereka dan merancang video berkenaan dalam masa satu malam sahaja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pre wedding (Endgame version) Our expertise does not cover this type of video as we produce creative content videos which focus more on beauty, cinematic shots as well as corporate videos. Initially, we refused to accept this job. However thanks to our creative directors, this video was nicely done without incorporating any budget for fancy locations or props.We travel well outside our comfort zone in making this video; a parody/homeage sort of to a movie. Thank Allah we took it since we had a lot of fun rising to the challenge, planning the shots, and fitting the dialogue.Thanks to our client too, for giving us full commitment in completing this video. . Video directors : @uncle_ustaz @shamielequan Editors: @fikkyje @alxndrzlkrnn Crews : @aiman.hakimi99 @nabilhakimm Locations : @mathsclinic.official @lemaream Props : @wedding_studio_sdn_bhd Actors: @muhammadaup @anisathirahh @arifzukhairi

A post shared by Double F Studio (@doublefstudio) on

“Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan video pra perkahwinan mereka dalam keadaan yang lancar dan pelanggan kami sangat gembira sebab dapat ‘sebiji’ apa yang mereka mahukan,” katanya.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu telah menjadi perhatian netizen selepas salah seorang pengguna Twitter @NasirPasir memuat naik video berkenaan pada 1 Mei lepas.

Posting yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna di laman Twitter.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut sehingga meraih lebih 32,065 ulang kicau dan 26,840 tanda suka serta mendapat kira-kira 421,000 tontonan.

Anis turut menyatakan rasa terkejut dan teruja selepas melihat video pra perkahwinannya yang tular di laman Twitter.

“Aku nak buat versi raya nanti hahaha,” komen salah seorang pengguna laman Twitter @Hello SYAFIZI.

“Terbaik, insyaAllah semoga dipermudahkan,” tulis @muhd_shafiq98.

Sumber; Mstar