Bercinta 9 Tahun, Ditinggal Isteri Setelah 3 Bulan Kahwin, 4 Hari Sebelum Honeymoon Ke Maldives

0
1350

SEMBILAN tahun bercinta sejak di bangku sekolah, kemudian bertunang pada Jun 2018 dan pasangan kekasih ini akhirnya ke jenjang pelamin pada 24 Mac 2019.

Namun suratan takdir, isteri tercintanya dijemput Ilahi akibat ketumbvhan 0tak tahap krltikal, genap tiga bulan perkahwinan mereka pada 24 Jun 2019.

Gambar-gambar kenangannya bersama arw@h isteri semasa di sekolah menengah, tiga majlis iaitu pertunangan, pernikahan dan persandingan, menyambut 1 Syawal dikongsi di laman sosial, dan paling menghibakan adalah gambar pvsara isterinya.

“Jadi, inilah kisah pendek, 2010 semasa kami tingkatan 5, sekolah yang sama,” menurut keterangannya, diikuti bebenang yang diulang kicau lebih 26,000 kali.

Bercakap kepada mStar, Mohamad Syahrain Azri Othman berkongsi perasaan dan kesedihannya mengenai isteri, Allahyarham Nurul Nazleatul Nadira Mohd Nazif, 26.

Perkongsian yang menyentuh emosi di laman sosial sehingga menjadi tular.

Pemuda berusia 26 tahun itu berkata, isterinya seorang wanita yang manja dan pandai berdikari serta tidak suka menyusahkan orang lain.

“Kami tidak tahu langsung mengenai penyaklt dia kerana dia seorang yang aktif dan kerja macam biasa. Isteri dimasukkan ke H0spital Temerloh di Pahang pada awal pagi 21 Jun lalu.

“D0ktor mengesahkan ada ketvmbuhan dalam 0tak isteri dan dia k0ma selama beberapa hari di bahagian kecemasan. Isteri menlnggal dunia pada Isnin, 24 Jun lalu… tiga bulan selepas majlis perkahwinan kami,” katanya.

Kenangan… Mohamad Syahrain dan Nurul Nazleatul bergelar suami isteri. 

Mohamad Syahrain berkata, walaupun bercinta sembilan tahun tetapi ia tidak seindah sewaktu mereka bergelar suami isteri kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran.

“Selepas bergelar suami isteri, kami masih berjauhan berikutan isteri bertugas sebagai d0ktor pelatih di Temerloh, manakala saya sebagai penolong pengurus di Kuantan.

Kenangan paling manis kami hanya majlis kahwin dan majlis pernikahan kami. Bagi kami, itu cita cita dan impian kami selepas berkenalan pada 2010.

MOHAMAD SYAHRAIN

“Tetapi setiap minggu kami akan berjumpa apabila arw@h ada kelapangan. Perasaan rindu tu makin hari makin membuak-buak kerana sembilan tahun kami tidak pernah terputus hubungan sampai macam ni. 

“Dan sekarang, sungguh kekok untuk melalui hari-hari tanpanya kerana dia adalah tempat saya berkongsi kegembiraan dan kesedihan saya,” katanya sambil menambah dia dan isteri sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SMKPPPTR) di Jerantut, Pahang.

Kenangan manis pada majlis perkahwinan.

Menurut anak jati Temerloh itu, mereka sepatutnya bercuti bulan madu ke Maldives pada akhir bulan lalu, di mana destinasi percutian itu adalah impian isterinya. 

“Bulan madu ke Maldives adalah hajat arw@h, kami rancang sebelum kahwin lagi. Hotel banglo atas air dipilih arwah kerana impiannya untuk memori terindah kami. 

“Semua persiapan untuk ke sana sudah ditempah dan ada yang telah dibuat bayaran penuh,” katanya yang reda dengan ketentuan Ilahi.

(kiri) Tarikh-tarikh penting bersama isteri diabadikan sebagai kenangan. (kanan) Ucapan hari ulang tahun daripada isteri.

Tiada pesanan terakhir daripada isteri, kerana kedua-duanya lebih banyak membincangkan tentang percutian bulan madu di Maldives bersama.

Walaupun hajat berbulan madu tidak kesampaian, Mohamad Syahrain berkata, kenangan paling manisnya adalah majlis perkahwinan mereka.

“Kenangan paling manis kami hanya majlis kahwin dan majlis pernikahan kami. Bagi kami, itu cita cita dan impian kami selepas berkenalan pada 2010.

“Cuma pesanan paling bermakna adalah ucapan hari ulang tahun saya pada 18 April lalu, antara kata-katanya yang berterima kasih kerana menjadikannya sebagai isteri dan diberi peluang menjadi isteri pada hari ulang saya kali ini,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar