Selamat tinggal Jep..

0
2333

Ketika umat Islam girang menyambut 1 Syawal, peminat kucing dikejutkan dengan kemat1an kucing selebriti yang dikenali sebagai Jep lebih sejam lalu.

Menerusi status yang dimuat naik oleh pemiliknya, Nor Azwana Awang yang dikenali sebagai Ummi dalam Facebook Oh My Jep, kucing kesayangan ramai itu tertidur di bawah kereta dan dilanggar secara tidak sengaja.

Kata Ummi, kebiasaanya Jep akan tidur di sebalik langsir dalam biliknya setiap hari namun hari ini, Jep tiba-tiba tidur di bawah kereta.

“Setiap hari tidur celah langsir dalam bilik Ummi, tiba-tiba hari ini dia duduk bawah kereta.

“Sikit pun orang tak perasan..semua pun sibuk beraya. Maafkan Ummi.

“Ummi tengah makan tadi. Seseorang telah langgar Jep. Memang tak sengaja. Dar4h tak ada. Dia lari, lepas tu terbaring.

“Maafkan Ummi. Jep dah tak ada setengah jam lalu,” tulis Ummi.

Tempat Jep disemadikan.

Jep, kucing baka American Shorthair ini telah dibela oleh Ummi dan suaminya, Kamarul Anuar sejak enam tahun lalu dan mempunyai lebih 480 ribu pengikut dalam laman Facebook.

Malah sepanjang tempoh tersebut, Jep telah menjadi penyeri dan kesayangan ramai pencinta kucing yang menganggap Jep seekor kucing yang berwajah selamba.

Menerusi Facebook Oh My Jep, ia dihujani ucapan sedih pencinta kucing yang kesemua berduka di atas kehilangan tersebut. – MHE TV