Selepas Selesai Di Malaysia, Ini Permintaan Mengeejut Keluarga Nora Anne

0
42852

IBU bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dilapor mungkin meminta bed4h sias4t kedua dilakukan terhadap may4t anak mereka itu.

Memetik laporan portal Daily Mirror, Maebh Jaseprine Quoirin, 45 dan Sebastian Marie Philipe, 47, sedang membincangkan perkara itu bagi memastikan ahli patologi tidak terlepas sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kem4tian Nora Anne.

Daily Mirror menyebut sumber sebagai berkata, mereka mungkin meminta bed4h sias4t diadakan di Britain atau Perancis di mana sias4tan polis berhubung kes tersebut masih diteruskan.

“Mereka sedang membincangkan dan sedang menunggu lap0ran DNA, sel stem dan toksikologi sebelum membuat keputusan,” kata sumber itu.

Mayat Nora Anne ditemukan kira-kira pukul 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi SAR kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sinar Harian via mStar