Pelawak AR Badul alami srangan jantvng, kini di IJN

0
318

PELAKON dan pelawak AR Badul dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU), Institut Jantng Negara (IJN) pada petang Ahad selepas mengadu saklt dada dan badannya berpeluh.

Isterinya Maizatul Othman berkata, suaminya menerima serangan jantvng major iaitu agak serlus namun berada dalam keadaan stabil.

“Dia mengadu saklt dda dan berpeluh peluh ketika sedang menyiapkan skrip, kemudian kami bawa ke klnik kira-kira pukul 4 petang Ahad dan dia terus dibawa ke IJN.

“Alhamdulillah keadaan dia stabil dan kini lebih baik dari semalam,” ujarnya kepada mStar Online.

AR Badul kini berada dalam keadaan stabil. Foto ihsan Juita Johari

Tambah Maizatul, ini merupakan kali pertama AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie, 69, disrang penyakit tersebut.

Katanya, buat masa ini mereka hanya mengikut prosedur rawatan yang disediakan pihak hospital.

“Doktor sudah memasang dua ring jantung (stent) bagi melebarkan salur darah. Ini kali pertama dia kena serngan jantung, buat masa sekarang kami hanya mengikut prosedur yang diaturkan pihak IJN,” ujarnya.

AR Badul merupakan pelakon popular yang mula melibatkan diri dalam dunia perfileman pada tahun 1970-an dan aktif sehingga kini khususnya karya-karya komedi.

Antara filem lakonananya ialah Panglima Badol, Si Badol, Manis-Manis Sayang, Mr Os, Kembar Siam dan Senario The Movie.

Dia juga banyak berlakon drama televisyen tempatan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar