Wah, Gambar Kuala Lumpur & Genting Ini Nampak Seperti Diedit, Tapi Terbukti 100% Asli!

0
294

Seorang pelajar pergigian di universiti tempatan berkongsi sekeping gambar bandar Kuala Lumpur yang membuatkan pengguna Facebook lain tergamam, memang ‘mind blown’!

Jun Hong berkongsi gambar pemandangan Kuala Lumpur indah bercahaya berlatarbelakangkan Genting Highlands yang turut berkilau dari jauh di akaun Facebook miliknya.

Pada awalnya, netizen menyangkakan gambar tersebut merupakan ‘gambar edit’ semata-mata, tetapi pemiliknya menegaskan gambar itu sememangnya asli. Wow!

Biarpun sudah memberi penerangan demi penerangan, ada netizen yang masih tidak percaya gambar tersebut betul.

Hal ini telah menyebabkan Jun Hong memuat naik gambar paparan di kamera miliknya sejurus selepas dia mengambil gambar indah terbabit. Terbukti ia asli!

“Tidak, ini bukan gambar hasil ‘Photoshop’ ataupun gambar yang digabungkan bersama. Ini 100% asli”, jelasnya lagi di laman Facebooknya.

Jun Hong turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menggunakan gambarnya sebagai penghias skrin telefon pintar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Jung Hong Photography via Gempak