Raih Lebih Dari 394,000 Tontonan, Rakaman CCTV Dikatakan R0sak Bikin Ramai Berdekah!

0
992

CCTV biasanya digunakan untuk merakamnkan apa-apa kejadian di dalam dan juga luar premis. Malah ada yang menggunakan untuk keselamatan atau bagi mengelakkan kedai atau rumah mereka dimasuki pencuri.

Bagaimanapun, sejak semalam tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan rakaman dari sebuah CCTV yang nampaknya seperti dari luar sebuah kedai menjual pakaian.

Rakaman berdurasi hanya 11 saat itu telah menarik perhatian ramai dengan lebih dari 394,000 tontonan dan 19,400 retweets.

Dalam paparan rakaman CCTV itu kelihatan beberapa orang sedang berjalan di kaki lima kedai tersebut. Namun bila sampai di bahagian tengah, postur badan dan cara jalan mereka berubah.

Difahamkan CCTV itu mengalami kerosakan dan menjadikan rakaman tersebut begitu. Yang kelakarnya orang yang lalu-lalang dah macam pelakon lawak pun ada!

Rata-rata netizen tertawa menonton rakaman tersebut dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Tak tahulah kenapa kelakar sangat ni”

Siap ada yang buat dialog!

“Hahaha benda ni pun aku terhibur”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: CCTV Idi0ts via HCL