Gadis Cantik Ini Tarik Perhatian Ramai Kerana Buku Rujukannya Yang Bukan Sahaja Penuh Fakta Juga Warna-Warni!

0
798

Bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Setiap pelajar semestinya mempunyai rahsia kejayaan tersendiri. Ada yang belajar siang dan malam, ada yang tekun di dalam kelas dan ada juga yang sangat mementingkan nota yang dibuat sendiri.

Seperti gadis ini, antara resipi kejayaannya dalam peperiksaan ialah dengan membuat buku nota yang sempurna. Oleh kerana peperiksaan adalah sesuatu yang penting dalam menentukan perjalanan mereka ke kolej nanti, gadis ini nampaknya sangat mengambil berat mengenai notanya. Buku notanya bukan sahaja lengkap dengan segala fakta tetapi lihat juga warna-warni yang menghiasi notanya, memang cantik!

Ternyata popularitinya berpunca daripada bagaimana dia ‘menghias’ buku rujukannya! 

 

Melihat buku yang dia gunakan untuk peperiksaan, ramai yang menganggap itulah antara sebabnya dia mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya! Lihat sahaja buku rujukannya, seolah-olah dia telah mengembara seluruh dunia selama bertahun-tahun.

Buku rujukan tersebut kelihatan sepertinya sudah rosak dan hampir sahaja tidak dikenali jika dibandingkan dengan bentuk asal.

Lihat sahaja apa yang ada dalam buku itu, penuh dengan nota kecil dan fakta-fakta penting dengan menggunakan pen berwarna-warni.

Sebenarnya, buku rujukan asal kelihatan biasa sahaja, tiada yang istimewa dan sama sahaja seperti mana-mana buku rujukan lain yang pernah anda lihat sebelum ini.

Lihat betapa berbezanya buku ini sekarang! 

Selepas melihat gambar sebelum dan selepas buku rujukan itu, ramai yang berpendapat bahawa setiap calon mesti belajar bagaimana gadis ini belajar. Sebelum ini hanya melihat bukunya, lihatlah tuan punya buku pula. Nampaknya dia bukan sahaja cerdik tetapi seorang yang agak comel!

 

Gadis ini belajar bersungguh-sungguh dengan harapan supaya diterima masuk ke kolej impiannya suatu hari nanti!

Walau bagaimanapun, gadis dari Jepun ini bukanlah orang pertama yang menerima begitu banyak perhatian kerana buku notanya. Sebelum ini, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Nanning, Guangxi, China juga telah menarik perhatian kerana buku notanya.

Selain kerana bukunya yang berwarna-warni, tulisan tangan gadis ini yang sangat kemas juga membuatkan lebih ramai yang terpegun!

Cantik bukan? Sekali lihat seperti anak patung!

Tulisan tangan yang begitu cantik, kemas dan mudah difahami. 

Bukan hanya kemas, penggunaan warna-warni juga menambah seri buku tersebut.

Nota gadis ini ditulis tulisan yang kemas dari awal hingga akhir.

Seperti yang dijangkakan, gadis ini juga mendapat markah tertinggi dalam peperiksaannya.

Baru-baru ini, gadis itu berkongsi nota biologinya. Ilustrasi lukisannya juga begitu cantik dengan warna-warna terang yang dipilih. Nota juga ditulis kemas dalam Bahasa Inggeris.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : EraBaru