Datuk Bandar Menyamar Jadi 0KU Untuk Lihat Layanan Penjawat Awam Terhadap Rakyat

0
734

Seorang Datuk Bandar di Mexico telah melakukan satu eksperimen sosial dengan menyamar menjadi orang 0KU untuk menguji sikap dan peribadi penjawat-penjawat awam yang berkhidmat dengannya.

Idea ini diperoleh selepas beliau menerima lambakan aduan daripada golongan 0KU dan fakis miskin mengenai layanan serta perkhidmatan teruk yang diberikan oleh pegawai-pegawainya. Untuk mengetahui cerita sebenar, Carlos Tena yang memegang jawatan sebagai Datuk Bandar di Cuauhtémoc, Mexico telah merangka perancangannya sendiri untuk melihat sejauh mana kebenaran dkwaan orang awam mengenai tingkah laku pekerja sosial itu sendiri.

Selama dua bulan Tena mengambil masa untuk melengkapkan ‘identiti’ penyamaran sebagai lelaki c@cat yang memerlukan bantuan itu. Dalam tempoh tersebut, Tena telah mengunjungi Pejabat Datuk Bandar dan Perkhidmatan Sosial untuk menyelesaikan ‘misinya’. Tena dilihat memakai baju sejuk yang tebal dan menutupi hampir separuh wajahnya selain mengenakan topi berwarna kelabu dan berkaca mata hitam. Bagi mengelakkan dirinya tidak dikenali, Tena turut membalut telinga kirinya bagi menandakan kecderaan plsu serta menggunakan kerusi roda.

Ketika kunjungan beliau ke sana, Tena telah meminta bantuan makanan secara percuma di mana bantuan ini sememangnya dikhaskan untuk warga 0KU serta penduduk miskin. Bagaimanapun, permintaan Tena tidak dilayan dan lebih teruuk lagi, beliau telah didiskriiminasi oleh penjawat awam di sana.

Selepas itu, Tena bergerak untuk mencuba nasib di pejabatnya sendiri. Di sana, Tena telah meminta untuk mengadakan temujanji bersama Datuk Bandar namun beliau dimaklumkan bahawa Datuk Bandar tiada di pejabat. Kemudian, Tena meminta pegawai tersebut untuk mengatur satu temujanji bersama Setiausaha Majlis Perbandaran di situ. Akan tetapi, dengan nada suara yang tinggi, Tena diberitahu bahawa Setiausaha tersebut tidak akan tiba ke pejabat dalam tempoh satu jam setengah dan pegawai itu turut meminta Tena menunggu di tempat lain.

Pada waktu itulah, Tena sedar bahawa semua aduan berkenaan tingkah laku buruuk pegawainya adalah benar. Jadi, beliau bangkit dari kerusi rodanya dan membongkarkan penyamarannya itu. Semua kakitangan yang berada di tempat kejadian tergamam setelah mengetahui identiti sebenar lelaki ccat itu.

Ujar Tena kepada wartawan tempatan, “Tujuan eksperimen ini adalah untuk menunjukkan realiti yang dihadapi oleh rakyat setiap hari, perbezaan dan pengabaian yang diterima daripada penjawat awam. Saya memutuskan untuk melakukannya kerana saya tidak tahu siapa yang harus saya percaya, rakyat atau kakitangan saya”.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan yang dikenali sebagai El Vocero pernah melaporkan mengenai perju4ngan Tena bagi mendapatkan kesamarataan sosial serta membantu golongan yang memerlukan meskipun ianya di luar bidang kuasa Tena sendiri. Sebelum ini, Tena pernah mengeluarkan kenyataan umum berkenaan niatnya untuk menyamar bagi melihat sendiri bagaimana layanan penjawat awam terhadap rakyat marhaen. Bagaimanapun, beliau tidak pernah melakukannya sekali gus membuatkan orang terlupa akan hal itu.

“Kali ini dia tidak memberitahu sesiapa pun,” kata wakil jurucakap Dewan Perbandaran.

Meskipun bukan semua kakitangan awam menunjukkan sikap yang buruk terhadapnya, Tena mengakui berasa amat kecewa dengan apa yang telah berlaku. Justeru, beliau berjanji akan melakukan sehabis baik bagi menangani permasalahan itu agar tiada lagi aduan tentang rakyat yang dilayan secara tidak adil.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Oddity Central via EraBaru