Selena Gomez Umum Kahwin Dengan Bill Murray, Peminat Gelar ‘Couple Of The Year’

0
76216

KENYATAAN penyanyi Selena Gomez yang mengumumkan dia bakal berkahwin dengan pelakon Bill Murray menerusi Instagram baru-baru mengejutkan para peminatnya.

Bagaimanapun Selena, 26, hanya membiarkan sahaja para peminatnya tertanya-tanya mengenai kenyataan tersebut.

“Pertama kali saya berada di Cannes! Saya rasa sangat bangga menjadi sebahagian daripada filem ini bersama Jim dan seluruh kru.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My first time in Cannes! I’m so honored to have been a part of this movie with Jim and the whole cast. By the way Bill Murray and I are getting married.

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

Selena umum bakal berkahwin.

“Ouh ya, Bill Murray dan saya akan berkahwin,” tulisnya mengiringi sekeping foto ketika menghadiri festival filem Cannes 2019 baru-baru ini.

Bill dan Selena pertama kali bergandingan menerusi filem The Dead Dont Die dan kini mereka sedang sibuk mempromiskan filem tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Ghostbusters itu mengakui dia menyukai Selena yang dianggap seorang yang baik dan mempunyai masa depan sangat cerah.

“Saya sangat menyukai Selena. Dia sangat baik dan mempunyai masa depan yang sangat cerah,” kata Bill.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hi Cannes…you’re very pretty

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : Mstar