“Saya Tidak Dapat Bayangkan Hari-hari Tanpa Mereka,” Robert Downey Jr Sememangnya Seorang Pencinta Kucing

0
464

Selepas berakhir filem ‘Avengers: Endgame’, maka berakhirnya kontrak aktor Robert Downey Jr sebagai pemegang watak Iron Man dalam filem komik Marvel tersebut. Projek terbaru Robert Downey Jr yang seterusnya ialah dengan memegang watak Dr. Dolittle, doktor haiwan yang memahami bahasa haiwan menerusi filem ‘The Voyage of Doctor Dolittle’ yang akan menemui penonton pada tahun 2020.

Walaupun kita masih tidak tahu bagaimana jalan ceritanya adakah sama seperti Dr. Dolittle yang dahulu, tetapi umum mengetahui bahawa Robert Downey Jr amat sukakan haiwan terutamanya kucing, maka beliau amat sesuai memegang watak itu.

Robert Downey Jr mungkin dianggap berhati besi seperti watak popularnya sebagai Iron Man, tetapi sebenarnya ramai yang mengenali aktor ini sebagai pencinta kucing yang berhati lembut.

Robert Downey Jr mula berjinak-jinak memelihara kucing sejak perhubungannya barsama aktres Sarah Jessica Parker. Tetapi mulai tahun 2010, isterinya Susan telah mengambil dua ekor kucing jalanan yang diselamatkan dari West Hollywood sebagai kucing peliharaan mereka. Dua ekor kucing yang dinamakan Montgomery dan Dartanian kemudian menjadi kucing kesayangan ‘Iron Man’ ini.

Dalam satu temubual bersama Men’s Fitness, Robert Downey Jr membuat pendedahan mengenai kucing-kucingnya dengan berkata, “Saya tidak dapat membayangkan melalui hari-hari tanpa mereka.” Sejak itu, Robert memulakan banyak projek amal dalam membantu golongan memerlukan serta melindungi haiwan dan menyayangi kesemua kucing yang ditemuinya.

Robert Downey Jr berkata, “Saya tidak mahu melihat kucing jalanan perlu diselamatkan di kawasan perumahan. Saya tidak mahu melihat haiwan yang didera dan diabaikan, jadi saya memainkan peranan yang aktif dalam membantu kesemua haiwan ini.”

Robert Downey Jr bukan sahaja memainkan peranannya sebagai ‘Iron Man’ yang menyelamatkan dunia, tetapi lebih baik daripada itu sebagai adiwira sebenar yang menyelamatkan haiwan terutamanya kucing-kucing jalanan yang terbiar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Cocomy via EraBaru