John Cena Sah Sertai Filem ‘Fast & Furious 9’!

0
617

Bintang WWE dan pelakon, John Cena telah mengesahkan akan berlakon dalam filem aksi kereta, ‘Fast & Furious 9’.

Berkongsi berita itu di laman Twitternya dua hari lalu, Cena atau nama sebenarnya John Felix Anthony Cena Jr., 42, sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem franchise itu.

“Untuk hampir 20 tahun, franchise Fast & Furious telah mengembirakan ramai peminat. Ia satu penghargaan kerana dapat sama-sama menyertai franchise dan keluarga ini,” tulis Cena di Twitter.

Berita baik itu disambut dengan ratusan komen positif daripada peminat filem dan Cena sendiri.

Menerusi filem arahan Justin Lin ini, watak Cena masih belum didedahkan tetapi difahamkan Cena akan memainkan watak seorang ‘badass’. 

Akan memulakan sesi penggambarannya tak lama lagi, filem ini akan berada di pawagam pada 22 Mei 2020.

Terdahulu, Dwayne ‘The Rock’ Johnson merupakan bintang WWE pertama yang berlakon dalam filem itu. 

Namun, tiada sebarang adegan pertempuran di antara dua jaguh ini kerana The Rock tidak akan terlibat dalam siri ke-9 ini. 

Difahamkan, Vin Diesel dan The Rock tidak lagi ‘sekepala’ selepas Vin Diesel tidak selesa dengan kehadiran Dwayne dalam siri Fast & Furious.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro Gempak