Viral Foto Isteri Hamil, Tajul Buka Mulut Sudah Berkahwin Selama 2 Tahun

0
1084

Sebelum ini, penyanyi Tajul mengambil keputusan untuk kunci mulut dari mendedahkan kepada umum mengenai status rumah tangga. Bagaimanapun, penyanyi Sedalam Dalam Rindu ini buka mulut apabila netizen terlihat foto Tajul sekeluarga dan didapai penyanyi itu memeluk seorang wanita yang kelihatan sedang hamil.

Akhirnya, menerusi laporan Melodi, penyanyi itu buka mulut bagi menjelaskan status rumah tangganya.

 

 

Menerusi laporan , Tajul memilih untuk mendiamkan diri bagi menjaga banyak pihak yang perlu diautamakan. Penyanyi ini juga akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan status rumah tangganya itu.

InshaAllah, saya akan adakan sidang media untuk diperjelaskan apa yang menjadi tanda tanya selama ini. Bukan niat saya nak sorok atau nak rahsiakan kepada siapa-siapa.

Segala persoalan itu bukan hanya saya seorang sahaja tapi ia melibatkan banyak pihak dan saya kena menjadi hati ramai pihak.

Saya tak kisah mereka nak kata apa atau nak buat andaian sendiri. Saya pun tak boleh nak tutup mulut orang supaya tak bercakap fasal saya. Jadi, saya terima sahaja apa yang mereka nak kata. Kita kongsi perkara baik atau tidak, netizen akan suka buat andaian sendiri.

Saya dah kahwin selama…

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SAYA DAH BERKAHWIN SELAMA … – Tajul . Saksikan Temubual penuh dalam Melodi, 12.00 Tengah Hari di tv3! #meloditv3

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3) on

Menerusi temubual di Melodi, penyanyi lelaki ini akhirnya mengakui di mana dia sudah pun bernikah pada 2 tahun yang lepas. Malah, hanya keluarga, kenalan rapat dan segelintir rakan artis sahaja yang telah tahu mengenai perkara ini.

Benda ini adalah privasi dan saya tak nak orang tahu sebab ketika itu saya baru nak cari market dan nak capai apa yang saya nak capai. Saya takut orang dah tahu dan mereka tak nak sokong Tajul.

Saya dah kahwin hampir 2 tahun. Sekarang isteri dah hamil dekat 8 bulan. Sekarang ini saya dah tak boleh nak sorok lagi, sebab isteri pun dah nak bersalin. Takkan nak sorok lagi, Tajul pun bercakap terus terang dan malas lagi nak sorok benda ni.

Tajul juga mendedahkan perasaan isterinya itu sepanjang penyanyi ini membuat keputusan untuk kekal merahsiakan status perhubungan mereka.

Sedikit sebanyak saya rasa mungkin ada juga isteri terasa hati. Tapi dia kata dia faham kerja saya, dia terus sokong kerja saya. Dia tak pernah merungut. Dia ikut je, janji sampai satu masa saya akan umumkan juga dan inilah waktunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : OHBULAN