[VIDEO] Ayda Jebat sedih dapat tahu hubungan Janna, Sheila ada mas4lah

0
164

PENYANYI Ayda Jebat menyedari hubungan di antara penerbit dan pelakon Sheily Rusly dengan Janna Nick dilihat tidak seakrab dahulu.

Meskipun mempunyai hubungan yang rapat dengan Sheily, Ayda berkata dia tidak mengetahui cerita sebenar dan enggan mencampuri urusan kedua-kedua pelakon drama Leftenan Zana itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

tolong bagitau Raz tu..Jangan lebih lebih… #LEFTENANZANA 9malam ni @tv3malaysia #sayangketatsendatpadat (kalau taknak kulit terbakaq macam ni..please pakai @whitefluffy.my )

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Ya, saya perasaan antara mereka sebab dua-dua nama besar, kita follow masing-masing rasa sedihlah… tapi saya tidaklah bertanya kepada mereka.

“Mungkin ada sedikit perselisihan faham, mungkin… saya cuma harap mereka kembali seperti dahulu, sebab hubungan mereka sangat indah.

“Saya tak rasa benda ini sebagai gimik untuk drama Leftenan Zana kerana drama itu sendiri sudah kuat, orang memang nak tengok!,” katanya kepada mStar Online.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Awak teraju utama cerita askar tu kan? Pada followers yg tak tahu..teraju utama tu pengarah bukan pelakun????terkejut pagi ni bila sis dapat comment yg negative dari netizen. Aduhhhhmakkk aiii..cakap apa yg kita tahu.. jangan cakap apa yg kita tak tahu.. @jinggo_jspictures ???? #deritapia #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Ayda Jebat ditemui semasa pelancaran wajah baharu ANAS Kosmetik yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Isnin.

Penyanyi lagu Temberang ini dilantik menjadi wajah baharu untuk produk tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ayda berkata dia bakal muncul dengan single baharu bergenre balada tidak lama lagi.

VIDEO :

[VIDEO] Mengejutkan! Janna Nick Jawab Isu Dis!ndir Shiela Rusly..

PELAKON Janna Nick hanya mahu mengambil langkah berdiam diri tanpa mengeluarkan kenyataan mengenai status dimuat naik produser Sheila Rusly yang dikatakan seakan-akan memerlinya.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 25, berkata dia banyak terhutang budi dengan syarikat penerbitan JS Pictures Sdn Bhd dan tidak layak memberi komen kerana menganggap Sheila serta suami, Azman Yahya atau Jinggo sebagai orang terhormat dalam industri.

“Saya tak nak cakap apa-apa mengenai perkara itu atau beri kenyataan sebab saya menghormati JS Pictures dan saya juga banyak terhutang budi dengan mereka.

“Apa yang boleh saya katakan, saya menganggap Sis Sheila dan Papa Jinggo sebagai orang yang sangat terhormat dalam industri seni dan saya tak layak nak komen apa-apa,” katanya kepada mStar Online.

Janna yang juga duta Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) ditemui ketika sidang media di The New Straits Times Press (NSTP), Bangsar Kuala Lumpur pada Rabu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SELAGI TAK TERKELUAR ANAK TEKAK AKU… selagi tu la dia tak dengar!!!! dah la TENGOK JE LA #LEFTENANZANA 9malam ni @tv3malaysia !!! #sayangketatsendatpadat #Teamzana

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Aktres itu diminta mengulas mengenai entri laman Instagram Sheila yang dimuat naik beberapa hari lalu untuk mempromosikan drama bersiri terbitannya yang dilakonkan oleh Janna selaku Leftenan Zana.

Status itu dikatakan menyindir Janna.

Biarpun isteri kepada pengarah Azman Yahya atau Jinggo tidak menyebut sebarang nama, namun ada pengikut laman Instagram mula mengaitkan Janna dengan kapsyen tersebut.

Menurut Janna, dia ada bertanya mengenai status tersebut dan Sheila tidak memberi sebarang reaksi negatif selain tidak mahu memanjangkan isu itu.

Kata Janna lagi, dia hanya akan mengulas lebih lanjut spekulasi mengenai hubungan dia dengan Sheila sekiranya pihak pengarah dan produser itu mengeluarkan kenyataan tentangnya.

“Saya ada bertanya kepada mereka dan tak ada reaksi negatif pun. Sekarang ni saya fokus pada bisnes dan mereka juga sibuk dengan kerjaya seni.

“Tak ada yang negatif pun. Macam yang saya katakan, tak ada apa perlu dikomen. Tapi saya hanya akan mengulas lebih lanjut kalau pihak sana bagi kenyataan,” ujarnya.

Hubungan Janna dengan Sheila sebelum ini baik namum ketika ini tidak dipastikan sejauh mana persahabatan mereka.

VIDEO :

 

Sumber : Mstar