Umie Aida tunjuk bukti pernah maafkan Erra Fazira

0
1275

Apabila perbal4han antara pelakon Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira hangat diperkatakan, ramai kalangan peminat mula memilih untuk menyebelahi salah seorang antara kedua-duanya sebagai tanda sokongan pada artis kesayangan mereka.

Ada juga segelintir yang begitu mudah menuding jari menyalahkan pihak tertentu tanpa sebarang usul periksa.

Tatkala Umie Aida mula membangkitkan hal ini, sesetengah pihak menganggap dirinya keterlaluan sehingga tidak boleh memaafkan kesalahan seorang sahabat baik.

Umie sebelum ini juga pernah berkongsi, bukan sekali masalah timbul antara mereka.

Malah Erra dikatakan masih melakukan kesalahan sama walau sudah dimaafkan.

Dalam perkongsian terbaharu Umie Aida dalam Instagram Story miliknya, dia berkongsi detik bertemu Erra sebelum ini.

Video tersebut menunjukkan mereka berbual sebelum berpelvkan.

“Semua salahkan aku tak maafkan dia. Harap netizen tidak bercakap lagi tentang isu ini.

“Semoga kita semua di dalam RahmatNya,” tulis Umie pada dua video yang dimuat naik. – MHE TV