“Tular Status ‘Putus Tunang’,” Haziq Dan Eyra Buka Mulut Jelaskan Perkara Sebenar

0
1695

Kisah percintaan antara pelakon Eyra Hazali bersama penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Haziq Nadzli pernah menjadi perhatian ramai apatah lagi mereka mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu. Terbaru, menerusi satu video yang dikongsikan Eyra dilaman Instagram miliknya dapat dilihat mereka seperti sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan pula.

Dugaan bertunang..

Bagaimanapun, melalui video yang dimuat naik oleh Eyra juga, dia dan pasangan berkongsi dugaan ketika bertunang kepada warganet.

View this post on Instagram

Okay first video kita post dekat igtv dulu hehe. Video editing pun tah pape lg. So next video pasal apa pula 🤔 @haziqnadzli

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

Di ruangan komen, rata-ratanya juga turut mendoakan yang terbaik buat pasangan ini selain mereka juga terhibur dengan gelagat sweet Eyra.

Artikel lain : Kejayaan tunang selamatkan 3 gol penalti, Eyra Hazali tak sabar bakal digelar isteri

Pelakon yang popular menerusi drama Mr Grey, Eyra Hazali, 20, mengakui debaran menanti detik disatukan dengan penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli sudah mula terasa. Mengikut perancangan, Eyra berkata, dia dan Haziq bakal disatukan pada akhir tahun ini, malah tarikh pernikahan mereka juga sudah ditetapkan.

“Tarikh sudah ada, cuma belum masanya untuk saya berkongsi dengan umum. Apa yang dapat saya katakan, kami akan bernikah akhir tahun ini, insya-Allah. “Saya sudah bersedia melalui alam rumah tangga, biarpun ada yang menganggap saya masih terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab besar itu dan kerjaya seni pula baru memuncak. “Kami juga sudah mula membuat persiapan dan saya bersyukur, keluarga banyak membantu memandangkan saya sibuk dengan penggambaran. Apabila kita berniat baik, insya-Allah akan dipermudahkan,” katanya.

SETAHUN bertunang, Eyra dan Haziq bakal disatukan pada akhir tahun ini. Foto IG Eyra Hazali. Eyra dan Haziq bertunang pada 1 Disember lalu selepas setahun menjalin cinta. Tetap meneruskan kerjaya seni selepas berumah tangga nanti, Eyra juga bersyukur, pembabitannya dalam drama Nur 2 membantu namanya untuk kembali menyerlah. Membawa watak Suraya dalam drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu, Eyra yang pernah meraih trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik,

Anugerah Sri Angkasa 2010 menerusi telefilem Anak-Anak Lorong berkata, Nur 2 turut membawa perspektif baharu kepada kerjaya lakonannya. “Ramai yang memberikan positif walaupun watak Suraya baru diperkenalkan. Tidak sangka, penonton suka melihat gandingan saya dengan Atiq Azman. “Saya gembira menjadi sebahagian daripada Nur 2 kerana drama ini membuatkan penonton kembali melihat bakat saya,” katanya yang sedang melunaskan penggambaran drama 80 episod, Puteri Yang Ditukar.

Walaupun dalam kesibukan dengan komitmennya sebagai pelakon, Eyra Hazali tetap meluangkan masa menyaksikan aksi perlawanan bola sepak melibatkan tunangnya, Muhammad Haziq. Haziq merupakan penjaga gol bola sepak kebangsaan. Kongsi pelakon berusia 20 tahun itu, dia isi masa menonton perlawanan bola sepak Challenge Cup 2019

sebagai tanda memberi sokongan kepada si tunang, semalam. “Such a thrilling match yesterday but my keeper managed to save 3 penalty goals ! Alhamdulillah,congratulations sayang ! You’re truly a HERO *muka happy sangat. Dalam pada itu, peminat memuji sikap Eyra yang sentiasa memberi sokongan terhadap tunangnya. Untuk rekod, Eyra telah mengikat tali pertunangan bersama Haziq pada 1 Disember yang lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber: Instagram Eyra Hazali via MH