“Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah,” – PU Abu Komen Nama Panjang Anak

0
2036

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang juga merupakan bekas suami kepada Ain ‘Afini Latif ada mendedahkan wajah anak sulungnya.

PU Abu memuat naik foto wajah bayinya itu menerusi entri Instagramnya yang dikemas kini.

Menerusi kapsyennya, PU Abu secara seloroh ada berkongsi mengenai anakya yang comel dan pada masa sama mempunyai nama yang panjang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Muhammad Adam Aysar bin Muhammad Abu Sufyan ❤️ . Dahlah comel,nama panjang plak tu 😪. . Aku tak tahu mcmmana Tok Qadhi nak sebut nama dia nanti time nikah 😂

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on

“Muhammad Adam Aysar bin Muhammad Abu Sufyan. Dahlah comel,nama panjang plak tu. Aku tak tahu mcmmana Tok Qadhi nak sebut nama dia nanti time nikah,” tulisnya menerusi Instagram.

Entri tersebut mendapat perhatian netizen.

Biarpun kapsyen yang ditulis hanya sekadar gurauan, ada netizen yang mengambil serius perkara terbabit dan mengec4m PU Abu.

“Geram pula aku, ni mesti ex-wife kasi nama anak lepastu dia perli…” kata salah seorang netizen

“Anak sndiri pun perlu, apa punya bapak,” kecam lagi salah seorang pengikutnya.

Sementara itu, terdapat netizen yang sengaja memerli PU Abu kembali kerana didakwa berbicara tentang nikah terlalu awal sedankan anaknya masih kecil.

“Harap dia nikah sekali je, tak ada cer4i-cer4i macam…” komen seorang netizen yang membiarkan ayatnya tergantung.

Sebelum ini, kec0h apabila PU Abu bertindak mencer4ikan Ain atas beberapa sebab lalu mendirikan rumah tangga bersama janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.

Kemelut yang berlaku sekali gus mengundang rasa simpati netizen terhadap Ain yang diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram PU Abu via MH