TMJ Dilantik Sebagai Pemangku Raja Johor

0
488

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik Anakanda baginda, Mejar Jeneral Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja Johor.

Menerusi laman sosial Facebook rasmi Sultan Johor, Baginda Tuanku memaklumkan majlis itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada Ahad.

“DYAM Pemangku Raja telah diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir Negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada Raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa,” menurut hantaran itu lagi.

Sebagai rekod, pelantikan atas nasihat Jumaah Majlis Diraja itu dilakukan selari dengan Fasal 9 (1)(c) dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Baginda Tuanku juga berkenan gelaran kehormatan bagi Tunku Ismail adalah ‘Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja’ untuk semua urusan rasmi kerajaan termasuk persuratan, ucapan dan doa.

Bagaimanapun tidak dinyatakan mengapa perlantikan itu diperkenankan Baginda Tuanku, kerana kelazimannya sebelum ini, Pemangku Raja hanya dilantik apabila Sultan Johor berada di luar jajahan takluknya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak