Tiba Tiba Nama Yusri KRU Kena ‘Petik’ Ketika Sidang Dewan Rakyat Oleh Ahli Parlimen Ini

0
947

Nama penggiat seni, Yusri Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Yusri KRU semalam disebut dalam sidang Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menyoal peranan utama dimainkan pengarah filem Cicakman itu selaku ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2019.

Biarpun soalan diutarakan agak berlainan, namun mesej ingin diketengahkan jelas mengenai isu TVET yang seringkali menjadi perdebatan pelbagai pihak.

Mastura turut menyoal bagaimanakah kemahiran dan pengalaman yang ada pada Yusry dalam bidang seni dapat memartabatkan TVET.

Tampil menjawab soalan berkenaan, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, lantikan Yusry bukanlah berdasarkan kepada populariti semata-mata tetapi diperkukuhkan lagi dengan pencapaian selebriti itu dalam pelbagai cabang seni baik di dalam mahupun luar negara.

Katanya, Yusry menunjukkan pencapaian cemerlang dalam industri animasi dan kesan khas visual yang merupakan salah satu bidang TVET yang ditawarkan di negara ini.

Tambah Kulasegaran, bidang TVET bukan hanya merangkumi kursus-kursus ‘hard-skills’ tetapi turut meliputi ‘soft-skills’.

Julai lalu, Yusry dilantik sebagai ikon atau duta pertama bidang pendidikan TVET 2019.

Lantikan tersebut selama dua tahun dan akan turut bekerjasama dengan pasukan Penasihat TVET Kementerian Sumber Manusia.

Mungkin selepas ini, Yusry harus lebih aktif mempromosikan TVET terutamanya di media sosial selaras tugasnya sebagai duta dan terus beri inspirasi kepada anak muda untuk berjaya sepertinya.

Diharap pengalaman dan kreativiti dimiliki Yusry dapat dimanfaatkan dalam mempromosi bidang TVET khususnya bagi menerangkan kebaikan dan potensi bidang ini kepada masyarakat.

Baru-baru ini, Wacana Sinar Harian bertajuk Graduan TVET: Cabaran dan Harapan, seorang lagi ikon TVET, Muhammad Qamarul Auji Amran berkata, memilih bidang kemahiran berdasarkan minat dan kerjaya ingin diceburi pada masa hadapan antara salah satu faktor kejayaan bagi pelajar atau graduan TVET.

Muhammad Qamarul Auji merupakan graduan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Jenagor, Hulu Terengganu yang kini memiliki syarikat kimpalan, perpaipan dan fabrikasi di Kemaman, Terengganu serta mampu menggaji 80 pekerja.

Menurut Muhammad Qamarul Auji, pemilihan bidang yang tepat perlu disusuli dengan kemahiran ditimba sewaktu belajar serta pengalaman setelah melangkah ke alam pekerjaan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Sinar Harian Via Live Info