‘Terima Kasihlah Malukan Saya’ – Wanita Dkwa ‘Isteri’ Zul Ariffin Akhirnya Buka Mulut , Terkedu Netizen

0
47

Tidak semena-mena nama aktor sasa Zul Ariffin menjadi bualan netizen apabila gadis Ukraine yang dikaitkannya, Tanya Glembotska memuatnaik Instagram story memanggil Zul sebagai ‘husband’. Perkara itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat Zul yang terkejut dengan kenyataan berani gadis itu.

Bagaimanapun, pelakon Tombiruo itu menafikan dia sudah bernikah dan mengatakan ianya sebagai ‘cerita lama’. Terbaru, Tanya memuat pos Instagram meluahkan isi hatinya.

‘Terharu’ dengan usaha memalukannya

Tanya yang baru meletakkan akaun Instagramnya pada mode public memuatnaik satu foto berlatarbelakangkan pantai dan kapsyen panjang lebar meluahkan isi hatinya. Dia ‘berterima kasih’ kepada pihak yang telah memalukannya sebelum ini.

Pertama sekali, terima kasihlah kepada segelintir Muslim kerana malukan saya. Sebagai seorang penganut Kristian yang ingin mendekati agam Islam, saya terharu dengan usaha anda. Pertamanya, saya suka menari dan seorang penari tapi semuanya sudah berlalu.

Saya berasal dari negara yang tidak mendiskriminasi seseorang kerana meminati sesuatu, contohnya menjadi penari.

Malahan, Tanya juga menegaskan dia seorang Kristian dan bukan Muslim. Menurutnya lagi, dalam kitab suci al-Quran pun Muslim tidak dibenarkan memalukan orang lain, namun dia mengampunkan sesiapa yang berbuat salah dengannya.

Maaflah kalau pakaian saya menjolok mata, saya orang Ukraine, beragama Kristian, bukan Melayu atau Muslim. Bukan ke dalam Quran kita tidak boleh menjatuhkan maruah orang? Anda memalukan imej sendiri dengan pandangan sebegitu. Saya maafkan semua, tak menilai sesiapa, semoga semuanya baik-baik saja.

Kalau sayang Zul, cuba dekati Islam.

Di ruangan komen, seorang netizen meminta supaya Zul tampil merungkai apa yang berlaku dan mahu dia menunjukkan contoh yang baik. Individu itu juga menasihatkan Tanya supaya perlahan-lahan mendekati Islam jika benar menyayangi Zul.

Gadis Ukraine itu membalas komen tersebut mengatakan Zul tidak peduli dan dalam masa sama mendedahkan dia sedang mendalami Islam.

Menari dan menari b0gel lain

Turut tersebar sebelum ini adalah video mirip Tanya yang sedang menari dalam aksi mengghairahkan. Satu komen ditinggalkan mengatakan Tanya seperti wanita tidak baik dan menggunakan kecantikan untuk kepentingan sendiri.

Sempat sindir Makcik Puaka

Tanya juga sempat meninggalkan pesanan untuk akaun Instagram yang banyak membuat pendedahan mengenai dirinya sebelum ini, Makcik Puaka.

Sumber: Tanya Glembotska / edisimedia.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!