Terima Kasih Pada Mereka Yang Mendoakan Kami-Sufian Suhaimi Dan Jasmine Suraya Bercinta?

0
517

Pelakon Jazmin Suraya tidak menyangka Sufian Suhaimi memberi kejutan kepadanya dalam sebuah majlis baru-baru ini. Jazmin berkata, dia yang mengajak penyanyi di matamu itu keluar makan untuk berkongsi pengalaman cinta masing-masing, dan tidak sangka pelawaannya diterima Sufian.

“Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya. Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita,” katanya.

Bagaimanapun, Jasmine berkata dia selesa berkawan rapat dengan Sufian dan tidak kisah jika netizen mengaitkannya dengan penyanyi lagu Di Matamu itu. Malah, Jasmine mengakui ‘jatuh cinta’ dengan lagu nyanyian Sufian.

“Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat. Setakat ini, tidak ada kecaman yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih,” katanya.

 

Jasmine Suraya Rapat Dengan Sufian Suhaimi

Pelakon Jasmine Suraya Chin tidak kisah jika peminat mengaitkannya dengan penyanyi popular Sufian Suhaimi kerana dia memang selesa berkawan rapat dengan penyanyi lagu Di Matamu itu. Jasmine, 29, berkata, dia juga ‘jatuh cinta’ dengan lagu-lagu dendangan Sufian.

“Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat. Setakat ini, tidak ada kecaman yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih,” katanya. Spekulasi mengenai hubungan mereka tercetus apabila Sufian memberi kejutan kepada Jasmine dalam satu acara, baru-baru ini.

Sebelum ini Sufian Suhaimi pernah menjalinkan hubungan cinta dan bertunang dengan Elfira Loy tapi hubungan itu terputu$ ditengah jalan. Selepas itu Elfira Loy bercinta dan diijabkabulkan dengan Khairol Faris Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, pada 1 Januari 2019 dalam sebuah majlis tertutup.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: gempak, hmetro via rimbabara