[VIDEO] Wah, Siti Nurhaliza Jadi Pembaca Berita!

0
316

Suara lunak merdu Datuk Seri Siti Nurhaliza ni, buatlah macam mana sekalipun memang mampu untuk membuatkan peminat melekat mendengarnya.

Tapi bagaimana pula bila Siti cuba menjadi penyampai berita ye? Mesti melekat penonton di kaca televisyen mendengar suara lunak Siti membaca berita.

Menerusi entri yang dimuat penyanyi Anta Permana itu di Instagram miliknya, Siti memuat naik foto beliau berada di studio Astro Awani bagi program Komuniti Awani.

“Nantikan kemunculan dan penampilan saya luar daripada apa yang saya biasa lakukan, di Komuniti Awani di saluran 501, Astro Awani pada 16 Mei 2019, jam 8.15 malam. Nantikan ya! @501awani,” tulis Siti.

Wah, tak sabar nak tengok ibu Aafiyah membaca berita pula. Mesti bertambah sedap dengan lenggok Siti yang istimewa tu.

Sebelum Siti, pelakon Noorkhiriah dan penyanyi Hafiz Shuip turut dijemput sebagai penyampai berita untuk program berkenaan. – MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza via MHETV