“Saya Tak Punya Kekayaan Untuk Beri Kepada Anak” – Anak Dapat Masuk Universiti, DJ Lin Em0si

0
605

Emosi penyampai radio DJ Lin atau nama penuhnya Roslinda Abdul Majid, bercampur baur apabila melihat puteri sulungnya diterima memasuki universiti.

DJ Lin yang juga Pengurus Kanan Suria FM, berkata, jerih perih membesarkan dua anak bersendirian akhinya terbayar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah selesai urusan #djlin daftarkan puteri sulung tersayang @nrenarsya kat #uitmseriiskandar #perak urusan penginapan pun da settle da siap kemas dah pun😌#aresya dapat #blokangsana duduk bilik 4 orang😘Masanya utk #djlin & anak bujang @nazzkeyntang pulang ke #kl 😭Jaga diri baik2 ya sayang kat tempat orang🌹Ibu sentiasa doakan kakak diterangkan hati dlm menuntut ilmu didunia & diakhirat❤️Dipermudahkan tiap urusan & selalu dalam lindungan serta rahmat Allah🥰Ibu doakan kejayaanmu moga tercapai segala cita2 dihatimu😌Ameen #radiodj #radioannouncer #suriacinta #suriafm @suriamalaysia #suriamalaysia #djlinbersyukur #djlinsayangfamili #qsstudent #qs #ukurbahan

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta) on

Anaknya, Nureen Aresya, 18, diterima melanjutkan pelajaran dalam jurusan Juru Ukur Bahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.

Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 itu berkata, kejayaan anak sulungnya menjadi anugerah terindah buat dirinya yang selama ini, berusaha keras memenuhi keperluan mereka.

“Alhamdulillah, di sebalik komitmen terhadap kerjaya yang membataskan masa bersama mereka, anak sulung saya masih mampu mencipta kejayaan sama seperti rakan sebaya yang lain.

“Saya tidak punya kekayaan untuk diberikan kepada anak, namun saya berusaha memberikan kasih sayang sepenuhnya supaya mereka tidak merasai kekurangan membesar dalam keluarga tidak sempurna,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#djlin ada kt #ipoh #perak esok nak daftarkan Anak sulung @nrenarsya kat #UITM #seriiskandar #perak dlm jurusan #ukurbahan So harini aktiviti jalan2 makan2😅 Si bujang @nazzkeyntang pun ada😘Lepas ni nk g jalan2 kat area #meru pulak😁 #radiodj #radioannouncer #suriacinta #suriafm @suriamalaysia #suriamalaysia #djlinsayangfamili

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta) on

Calon awal Penyampai Radio Popular, ABPBH 32 berkata, pencapaian anak sulungnya itu membuatkan dia sebak, terutama apabila mengenangkan dirinya tidak dapat selalu bersama ketika Nureen Aresya dan adiknya, Nazren Asyran, 16, memerlukannya.

“Tuntutan kerja membuatkan masa saya bersama anak terbatas. Ada ketika, saya terkilan kerana tidak dapat menjadi ibu yang sempurna buat mereka, tetapi anak memahami situasi saya.

“Bayangkan, sepanjang hari saya sibuk dengan tugasan di pejabat. Selalunya pada sebelah siang, saya sibuk dengan mesyuarat dan menguruskan perjalanan stesen, malam pula saya menyambung tugas di konti.

“Jika tanpa kesungguhan, tidak mungkin kejayaan itu dapat dicapai Nureen Aresya. Saya berharap kesungguhannya itu menjadi pendorong kepada adiknya untuk melakar kejayaan serupa,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai harapannya dalam ABPBH 32, DJ Lin berkata, dia menyerahkan sepenuh keputusan kepada peminat untuk menentukan sama ada dia layak membolosi Top 5 atau sebaliknya.

“Berada dalam pencalonan awal sudah membuatkan saya teruja, apatah lagi jika kembali layak bersaing dalam Top 5. Alhamdulillah, sejak lima tahun lalu, kemampuan saya semakin dipercayai apabila masih bertahan dalam Top 5, bukan hanya pada ABPBH, tetapi juga anugerah lain.

“Jika berjaya membolosi Top 5 pada ABPBH 32, ia menjadi hadiah paling manis sempena ulang tahun dua dekad pembabitan saya dalam dunia penyiaran,” katanya yang popular menerusi segmen Suria Cinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Abah, orang rindu sangat kat Abah😔Rindu pada curahan kasih sayang, perhatian & usikan darimu sejak orang kecik sampai remaja hinggalah saat Abah dijemput Illahi pergi meninggalkan kami sejak 19 tahun lalu. Dari saat itu, Kami kenali erti #Kehilangan yg hakiki, resah dek rindu yg tiada berpenghujung, impikan pertemuan untuk melihatmu didepan mataku jua untuk berkongsi bicara tentang rentetan cerita yang menghiasi tiap langkah perjalananku di arena kehidupan ini sejak ketiadaanmu😭Foto ini adalah #throwback di saat Abah #djlin disatukan dengan #mak ❤️Ini gambar dihari persandingan mereka🌹Ajal & maut telah pun pisahkan mereka berdua😰Kini yang tinggal hanyalah kenangan. Sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat Abah #djlin Allahyarham Hj Abdul Majid Bin Mahadi. Moga Rohnya tenang disana & ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. Ameen. 22/01/1936 – 15/06/2000 🥰Selamat Hari Bapa😍#suriacinta #suriafm @suriamalaysia @lanadreamskinhq #8mlmhingga1pagi #djlinrinduarwahabah #selamatharibapa

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram DJ Lin, BHOnline via Gempak