“Saya bukan kawan dia lagi” – Kaka Azraff jawab isu dis1ndir Juliana Evans

0
346

PENYANYI Kaka Azraff mengakui hubungannya dan pelakon Che Puan Juliana Evans kini tidak lagi rapat seperti dahulu.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 30, mereka tidak berkawan semenjak dia mula bercinta dengan suaminya, Adam Azriff pada tahun lalu.

Penyanyi lagu Sibuk ini mengakui ia mungkin disebabkan Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj tidak gembira dia menjalinkan hubungan istimewa dengan Adam.

“Sebenarnya isu ini sudah lama. Hubungan saya dengan Juliana sudah lama tidak baik. Sejak saya mula bercinta dengan Adam lagi.

“Saya tak tahu apa yang dia marah. Tapi kalau ikutkan, suami dia yang kenalkan saya dengan Adam.

“Tapi bila saya mula bercinta dengan Adam, mereka seakan tidak suka. Sejak itu, kami sudah tidak lagi berkawan,” kata Kaka.

Juliana memuat naik status seakan ditujukan kepada Kaka.

Kaka diminta mengulas mengenai status Juliana di laman sosialnya meluahkan rasa marah terhadap seseorang yang pernah menjadi rakan baiknya.

Menerusi salah satu posting tersebut, Juliana, 29, seakan memberi bayangan individu yang dimaksudkan itu adalah Kaka Azraff dengan meletakkan foto seorang wanita memakai beg di kepala dan jaket serba biru sama seperti foto penyanyi tersebut.

Malah, Juliana juga menganggap individu tersebut sudah melupakan jasanya dari awal pembabitan dalam industri seni sehingga menggelar dirinya seorang kawan yang jahat.

Dalam pada itu, Kaka berkata, dia enggan memanjangkan dan mahu kemelut antara dia dengan Juliana segera berakhir.

Kata Kaka lagi, dia tidak pernah melupakan jasa sesiapa namun baginya, semua itu adalah rezeki daripada Allah.

“Saya tak akan aibkan orang sebab saya tak suka jaja cerita. Kalau dia terasa dengan posting saya sebelum ini, itu masalah hati mereka sendiri.

Kaka enggan memanjangkan isu antara dia dan Juliana.

“Bagi saya, karier saya bermula disebabkan rezeki daripada Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, Kaka ada memuat naik posting meminta dirinya dijauhkan daripada orang yang berhasad dengki di laman Twitter.

Selepas daripada itu, Juliana turut memuat naik beberapa posting seakan ditujukan kepada Kaka.

Hubungan rapat Kaka dan pelakon filem Pulang itu sememangnya sudah diketahui umum sejak dari dahulu lagi.

Malah, Kaka juga pernah menjadi salah seorang ‘bridemaids’ di majlis perkahwinan Juliana pada 30 April 2017.

Bagaimanapun, hubungan mereka menjadi tanda tanya apabila Juliana tidak hadir ke majlis perkahwinan Kaka dengan Adam Azriff pada 14 Disember tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar