Rihana Terpaksa Jual Cincin Kahwin RM1 Juta Untuk Bayar Hutang Lahirkan Anak?

0
245

Semalam, Rihana sekali lagi mendedahkan ceritanya kepada tabloid Daily Mail, mendakwa dia terpaksa untuk gadai cincin kahwinnya yang berharga RM1,041,000 lepas Sultan Muhammad dikatakan mengabaikan dia ketika usia kandungannya 4 bulan.

Rihana berkata, ketika hampir melahirkan anaknya, dia sangat perlukan duit untuk bil perubatan kerana kelahirannya mempunyai komplikasi hingga dia terpaksa jual cincin tersebut dengan harga tiga kali lebih rendah dari harga asal.

Sumber: Daily Mail

Sumber rapat dengan Rihana berkata yang Sultan Kelantan tak beri satu sen pun untuk biayai kos “anak lelakinya” yang dilahirkan pada Mei tahun lalu.

Rihana mengesahkan yang dia telah menjual cincin rekaan sama yang dipakai oleh Victoria Beckham sebelum dia melahirkan Tengku Ismail Leon Petra.

“Saya tak kan beritahu berapa harga saya jual cincin tu, tapi yang pasti ia tiga kali lebih rendah dari harga asal”

“Saya gunakan duit tu untuk bayar bil perubatan di Switzerland sebab saya ada risiko bakal kehilangan anak saya”

Sumber: Daily Mail

Seorang rakan Rihana mengatakan yang Rihana terpaksa jual cincin tersebut kerana Sultan Muhammad mengabaikan wanita ini dan dia perlu bayar kos rawatan supaya Leon boleh diselamatkan.

Dikatakan, punca utama perpisahan antara Rihana dan Sultan Kelantan adalah disebabkan penjualan atau penyebaran gambar dan video perkahwinan mereka oleh media Rusia.

Namun, salah seorang tetamu perkahwinan tersebut telah pun tampil ke depan dan meminta maaf kepada Rihana dan Sultan Muhammad kerana memuatnaik gambar perkahwinan mereka di media sosial serta mengatakan yang Rihana tak terlibat dengan pendedahan tersebut.

Alamak bila nak settle ni?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Lobak Merah