Rihana Oksana Bakal Dedah Wajah Tengku Leon

0
3107

 

Rumah tangga Rihana Oksana menjadi perhatian apabila peguam Sultan Kelantan mengesahkan pasangan itu berc3rai talak tiga. Lebih kec0h apabila peguam Sultan mempersoalkan tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

Minggu lalu, Rihana memfailkan petisyen paterniti di Mahk4mah Rusia semalam untuk menentukan siapakah ayah kepada anaknya iaitu Tengku Ismail Leon Petra.

Umum mengetahui, Rihana enggan mendedahkan wajah anaknya kepada umum. Bagaimanapun, bekas ratu cantik Rusia itu berkata dia akan berkongsikan wajah Tengku Leon menerusi laman YouTube miliknya tidak lama lagi.

Perkara itu diberitahu oleh Rihana sendiri yang menjawab pertanyaan netizen di Instagram. Dalam pada itu, Rihana berkata dia kini sedang giat menyiapkan beberapa video untuk akaun YouTube tersebut.

Terdahulu, Rihana Oksana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mengatakan wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Rotikaya