“Ingat Kelakar Ke” – Ini Reaksi Nabil Ahmad Apabila Dirinya Kena ‘Double Park’

0
716

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berkongsi video ketika keretanya dihalang oleh sebuah kereta lain ketika dia mahu meningg@lkan sebuah kawasan parkir kenderaan.

Video tersebut dimuat naik menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya malam tadi.

Dalam video terbabit, Nabil kelihatan mar@h dan membunyikan hon agar pemilik kenderaan tersebut menyedari situasi itu.

Selain itu, pemilik kenderaan itu juga meninggalkan notis bertulis “Telephone Number, Lu Pikir Sendiri Hahahaha”.

Nabil meluahkan rasa mar@hnya dengan menulis kapsyen berbunyi:

“Kurang ajar namanya! Ingat kelakar ke! Lu pikir sendiri kepada otak hang!”

Tidak lama selepas itu, Nabil berkongsi video kedua dimana dia telah menolak kenderaan yang menghalang itu selepas disuruh oleh isterinya, Zira Ayub.

“Owner tak muncul. Cerita dia memang tokono! Aku geram,” tulisnya di entri terbaru itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Nabil terkena ‘prank’ oleh seseorang yang mengenalinya.

Walaubagaimanapun, kesudahan sebenar situasi itu masih belum diketahui memandangkan tiada sebarang perkongsian terbaru yang dikongsi bersama pengikut @nabilzira di IG setakat ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kuang haja name nyer!!! Ingat kelakaaa ke!!! Lu pikir sendiri kepala otak hang!!!

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Owner x muncul. Cerita dia mmg tokono!!! Aku geram!!!

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Imbas kembali, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak