“Ratu parodi” – Opening ‘Paling Win’ Jihan Muse Di AME2019 Miming Lagu Tok Ti Semalam Buat Netizen Terhibur

0
268

Biarpun ada reaksi negatf netizen pasal Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung malam tadi, pasti ada sesuatu yang akan membuatkan penonton enjoy sepanjang ianya berlangsung.

Lebih-lebih lagi kalau dalam sesebuah program itu di kendalikan oleh pelawak macam Jihan Muse ni. Sentiasa come out dengan lawak-lawak fresh yang membuat penonton tak kering gusi.

Sewaktu pembukaan AME 2019 semalam, kemunculan Jihan Muse membuatkan penonton terhibur lebih-lebih lagi dalam kalangan sitizoners ni.

“Smpah Jihan paling win semalam masa opening”

Selepas persembahan pembukaan daripada Aman Ra & Pop Shuvit, sesi pengenalan pengacara dilakukan menerusi persembahan dance battle oleh Neelofa & Nabil.

Kemunculan Jihan ketika diakhir pembukaan selepas Neelofa dan Nabil menari lagu Single Ladies, Kill This Love, Fantastic Baby dan Kau Pun Sama yang menjadi siulan pendengar.

Kejutan Jihan melakukan pesembahan lagu Nirmala versi Konsert Tour dengan busana yang seakan-akan Tokti pakai dan tarian sama ketika di konsert tersebut menjadi penyeri pembukaan AME semalam.

Buktinya, ramai netizen terhibur dengan persembahan Jihan selepas video itu viral di Twitter.

Ratu Parodi – Jihan

Kalau kita perhatikan, Jihan ni kalau bab-bab parodi orang memang nombor satu. Jadi tak mustahil lah tercetus idea sebegitu sebegitu penyeri majlis anugerah-anugerah ini.

Sudah semestinya Datuk Seri Siti Nurhaliza sedar pasal hal ini, dan dia pun bersikap terbuka dengan memberikan sokongan kepada Jihan memalui instastorynya

Respon Tok Ti

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : lobakmerah.com