“Behavenya anak ibu!” – Koleksi foto sepanjang di Mekah, ramai puji cara didikan Tokti

0
1157

Baru-baru ini, Datuk Siti Nurhaliza telah mengumumkan pemergiannya sekeluarga di Tanah Suci Mekah, bagi menunaikan ibadah umrah, memandangkan sebelum bersalin dia pernah memasang hajat ingin membawa anaknya ke Mekah.

Alhamdulillah, urusan penyanyi terkenal negara itu telah dipermudahkan oleh Ilahi.  Sepanjang berada di sana, pelantun lagu Anta Permana itu telah berkongsikan fotonya bersama keluarga di Mekah Al-Munawarrah.

Namun sepanjang berada di sana, Siti Nurhaliza banyak berkongsikan foto bersama anaknya Siti Aafiyah. Aksi dan telatah comel Siti Aafiyah telah mendapat perhatian netizen.

Mereka memuji kecomelan Aafiyah yang bertudung dan tingkah lakunya yang disifatkan sangat baik dan mendengar kata ibunya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata ramai meluahkan rasa bertuah melihat Siti Aafiyah yang sudah pun ke Tanah Suci Mekah, biarpun baru berusia setahun.

Sumber : CTDK via CelotehSaje