“Pasangan Bahagia 2019..”- Eflira Loy Jadi Hos Jemputan Meletop, Jawab Isu 5 Kali Majlis Resepsi..

0
207

Kali ini bagi program Meletop, Elfira Loy pula menjadi hos jemputan bagi mengantikan Neelofa. Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila kisah pertemuan selebriti ini bersama suaminya turut diceritakan menerusi program tersebut.

Pasangan bahagia.. 

Pasangan bahagia bagi tahun 2019, Elfira dan suaminya, Faris Anuar masih lagi menjadi sebutan ramai dengan kisah perkahwinan mereka. Namun, isu membabitkan 5 resepsi juga dijawab oleh pasangan ini yang dikatakan tidak seperti yang diperkatakan.

Nabil selaku hos tetap bertanya mengenai isu terbabit namun Elfira dan Faris menafikan malah tidak ada resepsi sebanyak 5 kali.

Takde sampai 5..

Bagaimanapun, di ruangan komen ramai yang memuji dengan sifat pemalu suami kepada selebriti terkenal ini malah mereka turut terhibur dengan seloroh Nabil bersama pasangan bahagia ini.

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, perkahwinan selebriti terkenal iaitu Elfira Loy bersama jejaka pilihannya iaitu Faris Anuar masih lagi menjadi sebutan ramai.

Mana taknya, pasangan sama cantik, sama padan ini dikatakan sangat romantik apatah lagi setelah melihat rakaman video pendek yang dimuat naik menerusi Instagram Elfira.

 

Sumber: Elfira Loy/ MeleTOP Via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!