One II Bekas Anggota 4U2C Menlnggal Dunia, AC Mizal Luah Rasa Sedih – “Tenanglah Kau Di Sana, Sayang Awak Kawan”

0
14481

SALAH seorang bekas anggota kumpulan 4U2C iaitu One II atau nama sebenarnya Nirwan Irwan menlnggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Selasa.

Pengacara dan juga ahli kumpulan itu, Datuk AC Mizal, 47, berkongsi berita sedih berkenaan menerusi Instagram.

“Salam semua, baru dapat berita bahawa sahabat saya ahli kumpulan 4U2C baru saja menlnggal dunia. Sedih teramat aku bro dengan pemergian kau.

“Teringat aku zaman kita dulu 4U2C. Allah lebih menyayangi, semoga kau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

AC sedih dengan pemergian One II.

“Saya mohon pada semua sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arw4h. Tenanglah kau di sana. Saya sayang awak kawan,” katanya.

Bagaimanapun pengacara program Maharaja Lawak Mega itu tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai penyaklt yang dihadapi arw@h.

Pemilik nama Mizal Zaini ini turut memuat naik foto lama ketika dia menziarahi Allahyrham di sebuah h0spital.

Teringat aku zaman kita dulu 4u2c. Allah lebih menyayangi kau semoga kau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

DATUK AC MIZAL

Pengacara

Allahyrham menyertai kumpulan rap popular era 90-an itu selepas perpecahan anggota asal dan sempat merakamkan album berjudul Kembalilah Fiona.

Selain AC Mizal, kumpulan 4U2C dianggotai ahli asal iaitu Azam, Lan, Yan, Joe, Rin dan Adik.

Selepas berlakunya perpecahan, empat ahli baharu termasuk One II menyertai kumpulan yang terkenal menerusi lagu Bergema Takbir Di Pagi Raya itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar