“Nama Saya Ni Tak Ada Orang Pandang…” – Shiha Zikir

0
344

Penyanyi Shiha Zikir akui namanya semakin dikenali selepas penglibatannya dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) baru-baru ini.

Menurut Shiha dia bersyukur kerana namanya masih lagi dikenali walaupun selepas 10 tahun berada dalam industri hiburan.

“Saya tak nafikan makin ramai yang kenal selepas sertai MLS. Terima kasih kepada pihak Astro kerana sudi memilih saya.

“Pada saya nama Shiha ni tak ada siapa pandang… Tapi bila dah diberikan peluang begini saya rasa sangat bersyukur,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah Allah dah bagi rezeki sampai ke peringkat semifinal di #MuzikalLawakSuperstar .Maaf buat semua yang support #voices , rezeki kita sampai minggu-9 sahaja.Syukur Alhamdulillah.Thank you so much Astro Warna atas peluang ni.. . Terima kasih mak & family sentiasa bagi semangat kat Shiha, terima kasih @nuccarmy sentiasa support VOICES setiap minggu,terima kasih @aruleshi jaga team voices dengan baik,terima kasih studio @voxscapemy & kotak hitam @todakofficial bagi ruang kami prektis.. . Terima kasih @sharif_zero dah invite shiha join team ni,thanks @chiwan_chilok ,thanks sgt korg byk bagi tunjuk ajar kt shiha dalam bidang komedi.. . Syukur Alhamdulillah 🙏🏻

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on

Mengulas mengernai kerjayanya, Shiha berkata dia tidak mengejar populariti sebaliknya ikhlas memasuki bidang seni.

“Sejujurnya dalam bidang seni ni tak pernah cuba nak kejar populariti, saya masuk bidang seni untuk cari rezeki dan ikhlas.

“Populariti itu bukan keutamaan saya tapi kalau ada yang kenal… Alhamdulillah. Sekarang dah 10 tahun saya berada dalam industri,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, Shiha yang  merupakan anggota kumpulan Voices bersama Chiwan dan Sharif Zero tersingkir di minggu separuh akhir MLS yang bersiaran pada Ogos lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Meh jumpa Shiha di booth @adabi_consumer NSK Damansara now now now 💋 . Contact Lens : @shihalens #SexyBrown

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak