“Nak Kahwin Dengan Saya Pastikan Kewangan Stabil!” – DJ Lin

0
259

“Kalau ada lelaki nak kahwin, kita jalan saja! Tapi pastikan kewangan stabil,” itu pesanan DJ Lin apabila ditanya tentang pilihan pasangan hidup.

Jelas pemilik nama Roslinda Abdul Majid itu lagi, dia enggan dibebani dengan masalah lain sekiranya memilih lelaki tanpa usul periksa.

“Kita sudah susah. Kahwin dengan orang yang bertambah susah buat apa? Lebih baik hidup sendirian dengan anak-anak.

“Mereka sudah cukup untuk saya sebab lelaki akan membuatkan saya lebih tert3kan. Jadi, saya tiada masa untuk semua itu,” tambah DJ Lin lagi.

Mengakui dirinya masih solo, DJ Lin percaya jarang ada lelaki yang boleh bertahan dengan dirinya yang terlalu kuat bekerja.

“Saya masih solo dan masih punyai kegh@irahan dalam bidang penyiaran radio. Untuk meraih sesuatu kita perlu lepaskan sesuatu.

“Masa saya banyak di pejabat dari pagi sampai malam dan kalau ada lelaki datang pun mereka takkan lama dengan saya.

“Tak ada lelaki boleh bertahan dengan orang bernama DJ Lin,” katanya ketika ditemui di Karisma Jelajah Suria di Central i-City Mall, Shah Alam baru-baru ini.

DJ Lin, 44, juga lebih fokus untuk membesarkan anak-anaknya dan membantuk ibunya yang memerlukan rawatan diaIisis setiap bulan.

Mengimbas semula, DJ Lin berc3rai pada 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata Nureen Aresya dan Nazren Asyran.

Karisma Jelajah Suria akan menemui peminat di Kuantan, Pahang pada 14 September ini.

Selain dapat bertemu penyampai radio Suria, peminat akan turut dihiburkan dengan persembahan artis kesayangan antaranya Siti Nordiana, Black, Ara Johari dan ramai lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak