“Saya Amat Malu Dengan Perbuatan Saya”– Kerana Campak Tanjak Ke Lantai, Nabil Ahmad Mohon Maaf

0
862

“Saya ingin memohon maaf dan memohonampun kepada semua yang mana terguris hati dan perasaan atas keterlanjuran saya.

“Saya harap permohonan maaf saya ini dapat diterima oleh semua. Insya-Allah,” ujarnya menerusi video berkenaan.

Malah menerusi kapsyen video berkenaan juga, Nabil menyatakan rasa malu dengan tindakan yang dilakukannya itu.

“Asalamualaikum Tuan-Tuan sekalian, saya manusia yang banyak melakukan kekhilafan dan saya harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran pada saya.

“Dan hal ini betul-betul memperingatkan saya pada maruah budaya khemahkotaan bangsa Melayu kita.

“Saya juga memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga balai adat Tok Cindai dan semua yang terkesan dengan perbuatan saya.

“Saya personally amat malu dengan perbuatan saya malam tadi #maafkansaya,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Asalamualaikum Tuan Tuan sekali , saya manusia yg Banyak melakukan kekhilafan Dan saya Harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran Pada saya Dan Hal ini betol2 menperingatkan saya pada Maruah budaya Khemahkotaan bangsa melayu kita..saya Juga memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga balai adat tok cindai Dan semua yg terkesan dengan perbuatan saya, saya personally Amat Malu dengan perbuatan saya malam tadi #maafkansaya

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Terdahulu, Nabil perbuatan Nabil itu telah mendapat teguran Dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa.

Perlakuan Nabil yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu.

Tok Cindai menerusi akaun Facebooknya juga menuntut Nabil untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjurannya itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak