Mawi Dedah Keadaan Terbaru Kereta Hadiah Kemenangan AF3, Terkejut Peminat

0
222

Penyanyi Mawi atau Asmawi Ani memenuhi permintaan peminat yang mahu melihat kereta yang telah dimenanginya ketika menjadi juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), 14 tahun lalu.

Menerusi akaun Instagram miliknya dia mendedahkan foto terbaharunya bersama kereta jenama Suziki Swift tersebut.

“Ramai yang tanya saya nak tengok kereta yang saya dapat masa Af3 dulu.

“Betul ke saya masih pakai kereta tu sampai sekarang?

Hehe … Cuba selak sebelah,” tulisnya.

Mawi mendedahkan fotonya bersama kereta itu ketika menjuarai program realiti tersebut dengan sekeping foto terkini bersama kereta yang sama tetapi sudah dicat dengan warna hijau.

Rata-rata peminatnya terkejut kerana Mawi masih menggunakan kereta tersebut selain melihat perubahan warna pada keretanya.

Mawi kini bertugas sebagai penyampai radio Zayan milik Astro Radio.

Ucapan Terima Kasih Daripada mawi Untuk Netizen:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih ???????????? . . #RepostPlus @mhetv.my – – – – – – Mesti @cahayaasmawi sayang gile kat kereta tu sebab dah jadi sentimental value buat dia ???? . Tahniah Mawi untuk filem sulung @filembelumadatajuk yang akan kuar pawagam nanti ???????????? . Swipe up di IG Story atau layari @mhetv.my untuk artikel penuh . #mhetv #artismalaysia #ceritahiburan #trending #hiburan #mawi #cahayaasmawi

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on

Komen Netizen:

Alhamdulillah..SMG terus maju..bhgia selalu

 

cepat masa berlalu dah 14 tahun

smart swift colour ijau..

Artikel Berkaitan: “Saya Masih Pakai Kereta Ni Sampai Sekarang” – Mawi Imbas Detik Kemenangan Akademi Fantasia 3

Penyanyi dan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi mendedahkan dia masih menggunakan kereta yang diberikan sebagai hadiah kepadanya sebagai juara program terbabit. 

Perkara itu dikongsi Mawi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum. Menurut Mawi, walaupun telah menjangkau tahun ke-14 selepas kemenangannya di AF3, kereta 

tersebut masih elok digunakan.

“Siapa ada undi saya dulu waktu AF3 ? Saja nak beritahu.

“Saya masih pakai kereta ini sampai sekarang, Alhamdulillah elok lagi,” tulisnya d ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Mawi turut mengucapkan terima kasih kepada  semua pihak yang sudi mengundinya ketika di AF3 dan kepada peminat yang tidak henti mendoakan kejayaannya.

Sumber: Gempak