“Tak Larat Nak Buat Macam-Macam, Makan Pun Tak Ada Selera” – Elfira Loy

0
933

Pelakon genit, Elfira Loy mengakui setelah memasuki trimester ketiga, dirinya kini kurang selera makan sebaliknya hanya menggemari hidangan manis sahaja.

Tambah Elfira, dia juga cepat penat untuk melakukan sesuatu biarpun banyak agenda tersusun depan mata.

“Imbas belakang sahaja mampu kerana ‘kemalasan’ trimester ketiga sudah datang.

“Jadi, berat untuk buat macam-macam walaupun dalam kepala nak buat ini nak buat itu.

“Makan pun sudah tak ada selera. Yang manis sahaja okay tetapi kena kawal pula,” luah Elfira menerusi entri terbaharu di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

throwback je mampu because the third trimester laziness sudeeeh dateeeeng. Jadi berat to do everything walaupun dalam kepla nak buat ini nak buat itu. Makan pun dah takde selera 😭 . Yang manis je okay tapi kena control pulak. haiyaaaa

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

Prihatin dengan keadaan yang dilalui Elfira, ada dalam kalangan peminat pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu berkongsi tips buat ibu yang sedang berbadan dua.

“Kalau tak ada selera cuba makan buah-buahan El. Banyak buah-buahan yang sedap-sedap,” saran salah seorang pengguna.

“Tak mahu makan manis-manis dik, bahaya. Tapi itulah, kalau tengah mengandung ni apa yang nak makan terus nak makan. Lagi-lagi kalau makanan manis,” tambah pengguna lain.

Elfira telah mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu selepas empat bulan mendirikan rumah tangga bersama usahawan Faris Khairol Anuar.

Elfira dan Faris telah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018 selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin pada 1 Januari 2019.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak