Kebanggaan Negara! Gambar ‘Mowgli Malaysia’ Terpilih Dipamerkan Di Rome Beberapa Negara Eropah

0
1192

Gambar ‘Mowgli Malaysia’ atau Mohd Syukor Khamis, 14, bersama kerbau perliharaannya sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila terpilih dipamerkan di galeri di Rome, Itali serta beberapa negara sekitar Eropah tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsi jurugambar Nazri Sulaiman menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.

Menurut Nazri dia tidak menyangka gambar adik Syukor terpilih untuk dipamerkan di galeri penuh berprestij 25 September ini.

 

“Alhamdulllah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Eropah.

“Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni.

“Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah,” katanya.

 

Menerusi posting itu Nazri turut memuat naik kenyataan pihak perganjur serta hasil gambar memaparkan adik Syukor.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata wargnet mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.

Kebanyakkan mereka menyifatkan berita baik itu sebagai satu kejayaan yang membanggakan Malaysia.

Untuk pengetahuan, kejayaan dikecapi Mohd Nazri bukanlah kali pertama yang membabitkan Syukor.

Difahamkan foto Mohd Nazri sebelum ini pernah merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.

Sebelum ini, Syukor pernah muncul dalam telefilem berjudul Budok Kuba yang disiarkan menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.

Budok Kuba terbitan Arie Zaharie Production merupakan telemovie pertama yang menyaksikan kemunculan Syukor sebagai pelakon utama.

Kisah Budok Kuba nukilan Jo Sidek merupakan kisah fiksyen diinspirasikan daripada foto Syukor yang diambil oleh dua individu iaitu Nazri dan Pegawai Kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu, Abdullah Deen Mohd Zain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Amar cuma ada mok setelah ayoh tinggal kan mereka untuk hidup di bandar. Dan kuba dan segala binatang tok Ki menjadi teman baiknya. Melalui gambar dan video viral “budak kerbau” kini ke kaca tv. Sebuah konflik keluarga keluarga tentang nilai kasih sayang yang menyaksikan perhubungan sesama manusia tiada ertinya jika tanpa kasih sayang, sebaliknya kasih sayang antara manusia dan haiwan mampu mengatasinya. Ammar memilih Kuba sebagai tempat memgadu dan bersahabat bagi mengisi kekosongan dirinya. Namun keluarga memilih untuk memisahkan mereka. #BudokKuba #AstroCitra #CitraHd #CitraExclusive Sabtu 20 Julai , 9 Malam. Lakonan hebat Dato’ Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su , Emelda Rosemila , Kamaliah Md Dom, Sarah Daud Memperkenalkan adik Syukur Khamis

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

“Sebenarnya, saya hanya mahu mencuba sahaja berlakon. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pelakon lain seperti Datuk Fizz Fairuz dan Emelda Rosmila banyak membantu saya

“Saya dapat belajar banyak perkara baru sepanjang penggambaran yang berlangsung selama tujuh hari. Selepas ini, saya mahu berehat dan menumpukan perhatian dalam bidang pelajaran,” kata Syukor.

Tambah Syukor, guru dan rakan-rakan sekolahnya juga mengetahui penglibatannya dalam bidang lakonan.

“Cikgu dan kawan-kawan sekolah tahu saya berlakon dalam telefilem ini. Mereka gembira melihat saya dapat mencuba perkara baru dan menyokong saya mengembangkan bakat.

“Pengarah juga memahami kesukaran saya sebagai pelakon baru untuk menghafal skrip yang panjang jadi dialog saya cuba dipendekkan mengikut kesesuaian,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah kepergian mok, ayoh kembali menuntut Amar dari Tok Ki. Relakah Amar berpisah dengan segala Kuba dan tok Ki? Melalui gambar dan video viral “budak kerbau” kini ke kaca tv. Sebuah konflik keluarga keluarga tentang nilai kasih sayang yang menyaksikan perhubungan sesama manusia tiada ertinya jika tanpa kasih sayang, sebaliknya kasih sayang antara manusia dan haiwan mampu mengatasinya. Ammar memilih Kuba sebagai tempat memgadu dan bersahabat bagi mengisi kekosongan dirinya. Namun keluarga memilih untuk memisahkan mereka. #BudokKuba #AstroCitra #CitraHd #CitraExclusive Sabtu 20 Julai , 9 Malam. Lakonan hebat Dato’ Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su , Emelda Rosemila , Kamaliah Md Dom, Sarah Daud Memperkenalkan adik Syukur Khamis

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak