“Kac4u Kekasih Saya, Cubalah Kalau Yakin Boleh Dapat”

0
1014

 

Sudah hampir tiga tahun menyulam cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E, Ruhainies mengakui ada dugaan yang perlu dihadapi sama seperti pasangan bercinta yang lain.

Malah, Ruhainies mendedahkan ada sahaja wanita yang cuba menganggu kekasihnya, malah ada juga dikalangan artis yang mahu mencuba nasib. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia tetap positif dan percaya pada takdir Allah.

View this post on Instagram

Eureka! Thas a brilliant snack! Hi everyone! Haaa, all of you might be wondering why I’m saying eureka today? Well, I have these snacks from a brand called @Eureka_snack_popcorn, and they are sooooo good! They managed to create a brand product for the health-conscious group like me! It’s so essential in the daily diet that I incorporated it into my time of resting, Netflix-ing, and even when I’m done from the gym or after swimming! Moreover, it has such a huge variety that it makes you want to try every single one of them! Mmmmmm sooo goood 😋😋 I’d recommend all of you to take it up & give it a go! You can find them from all major shopping malls, Tesco, Aeon, 7-11 & family mart for more flavour selection! What are you waiting for? Let’s grab one for your next chilling session! #ILoveMyEureka 💖

A post shared by @ ruhainies7 on

“Tipuulah kalau bercinta tidak ada dugaan. Saya pun macam orang lain juga, ada pancaroba dalam perhubungan. Ada juga orang yang cuba kacau kekasih saya.

“Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak m4ti. Belakang saya, mereka galak mencuba. Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia tidak terburu-buru untuk berkahwin kerana ingin memberi laluan kepada kakaknya, Risteena untuk berumah tangga terlebih dahulu.

View this post on Instagram

“Remember, not every rainy day holds within it the promise of any rainbow.” 🌈 . #throwback @esprit

A post shared by @ ruhainies7 on

“Saya nak tunggu kakak dulu dan kalau boleh tak mahu melangkah bendul. Namun, kalau ditakdirkan saya berkahwin dulu sebelum kakak, saya okey.

“Kekasih saya pun ada bercakap dengan saya, kalau boleh nak mempercepatkan supaya kami dapat hidup bersama. Bagaimanapun, seboleh mungkin saya nak bertunang dulu. Lagipun, saya masih muda,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Rotikaya