“Jahanamnya aku sendiri kena explain” – Ending Drama Bersiri Voice Note Terlalu Mindf*ck, Sharifah Sakinah Pening Kena Tolong Jelaskan

0
616

Siapa yang tengok drama Voice Note lakonan Sharifah Sakinah, Amelia Henderson, Zamarul Hisham dan lain-lain malam semalam? Admin rasa drama ni agak lain daripada yang lain sebab jarang-jarang drama kat Malaysia ni menampilkan genre misteri thriller.

So apa-apapun semalam merupakan episod terakhir bagi drama ini dan ternyata ramai yang tengah pening sebab plot twist cerita ni katanya terlalu mindf*ck. Eh ye ke ni? 

Sumber: Twitter

 

Kisah pelajar di Kolej Srivilla yang… penuh dengan misteri! 

Bagi mereka yang tidak menonton drama ini, Voice Note mengisahkan seorang wanita bernama Sara yang baru mendaftar sebagai pensyarah di Kolej Srivilla.

Pun begitu, sebaik saja dia mula memasuki kolej tersebut, Sara berasa tak sedap hati dan telah diganggu hantaran voice note misteri ke peti mesej WhatsAppnya. Gadis bernama Mira kemudian mula bercerita mengenai kisahnya dan dua rakan baik iaitu Ika dan Tasya di kolej tersebut.

Kisah 3 gadis ini merupakan tragedi hitam yang pernah berlaku di Srivilla dan lebih mengerikan kesemuanya sudah meninggl duni4! So siapa agaknya yang send voice note tu semua?

Sumber: Twitter

 

“Anda rasa saya ada masa untuk sak1t kepala? Kerja saya pulak nak explain ending Voice Note” 

Disebabkan drama ini mendapat sambutan hangat netizen walaupun hanya 4 episod ditayangkan, ramai fans telah membanjiri ruangan komen pelakon Sharifah Sakinah yang memegang watak Sara untuk meminta penjelasan plot twist di sebalik ending yang tergantung tersebut. 

Pelakon ni pada awalnya okay je nak explain, tapi bila dah makin melalut pulak pemahaman netizen terhadap ending drama ni… haa mulalah Kinah ni pening. Jangan marah eh sis, bila ramai fans tanya tu maknanya adalah season 2 Voice Note. 

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

 

“Tak tau sapa gile… last-last aku yang gile tengok citer ni” 

Sumber: Instagram

 

“Satu rumah aku layan cerita ni. Semua akan senyap nak dengar Voice Note tu” 

Apa-apapun admin salutelah kepada pengarah dan scriptwriter drama ni yang berani keluar daripada kotak untuk menghasilkan karya seperti ni.

Lain kali nampaknya pihak produksi kenalah lebih kreatif dalam produce drama yang dapat menarik perhatian penonton. Dah ada permintaan ni, so maybe bolehlah buat Voice Note 2 pulak!

Sumber: Twitter

Siapa yang belum tengok lagi drama ni korang boleh je tengok kat Tonton atau kat Youtube rasmi TV3. Pastu kasi review baik punya kat admin eh! 

Kredit: Lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!