“Saya Suka Melihat Dia Bertudung..” – Tak Sangka 5 Isteri Pelawak Ini Telah Mula Bertudung

0
471

Alhamdulillah Semakin Ramai Rupanya Isteri Pelawak Popular Negara Telah Memakai Tudung.. Semestinya Mendapat Sokongan Suami2 Mereka, Hanya no.3 sahaja Memang Dia Sendiri Yang Pelawak

1) Sariyanti Isteri Jep Sepahtu

Pelawak popular Jep Sepahtu telah memuatnaik sekeping foto isterinya, pelakon Sariyanti berhijab.

Foto tersebut bagaimanapun telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat tentang isterinya itu yang dikatakan sudah ‘berhijrah’ dan berimej baru.

Lebih-lebih lagi apabila Jep, 32, menulis kapsyen yang sangat mendalam maknanya pada entri tersebut.

”Alhamdulillah..Dengan izin & gerakNya..Semoga terus istiqamah.. Syukur Ya Allah. I love u @sariyanti. *Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak*.”

Lebih manis lagi apabila Sariyanti turut membalas luahan hati daripada suaminya itu dengan menulis “i love you too sayang” pada ruangan komen.

Perkongsian Jep itu telah menarik perhatian netizen yang gembira dengan imej baru Sariyanti.

Selain itu, peminat juga turut mendoakan agar hubungan rumah tangga Jep dan Sari Yanti kekal bahagia.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari lalu dan ianya merupakan perkahwinan kedua Sari Yanti setelah berpisah dengan bekas suaminya pada Disember 2014.

2) Siti Sarah Isteri Shuib Sepahtu

Pelawak Shuib Sepahtu memuat naik foto isterinya Siti Sarah Raisuddin manis bertudung di laman Instagram (IG) semalam.

Shuib yang teruja dengan imej isterinya itu telah memuat naik kapsyen semoga suatu hari Siti Sarah akan kekal berhijab.

“Insyaallah suatu hari….. Love u ibu…Semoga Allah sentiasa menurunkan Rahmat bahagia ke atas kita…. Amin..Selamat berbuka semua…”

Foto tersebut telah mencuri perhatian peminat serta pengikut IG Shuib yang rata-rata memuji kecantikan Siti Sarah apabila bertudung.

Malah ramai yang mendoakan agar imej berhijab itu kekal.

3) Jihan Muse

Pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse telah mencuri tumpuan ramai apabila beberapa foto dirinya mengenakan tudung ketika bercuti bersama keluarganya di Jepun tular di laman sosial. Ekoran perkara itu, rata-rata netizen memuji perubahan Jihan.

“Doakan saya masih diterima untuk bekerja dalam bidang ini lagi sebab saya memang suka kerja saya,” tulisnya di laman Instagram.

Pada masa yang sama, Jihan turut berterima kasih di atas sokongan dan doa orang ramai terhadap penghijrahannya itu.

Menurut Jihan, dia mengakui sudah lama terdetik untuk bertudung namun macam-macam yang mengganggu fikirannya sehingga niat itu tertangguh.

4) Norazah Redzuan (Isteri kepada Mark Adam)

Penampilan berhijab dan lebih sopan isteri kepada penyanyi dan pelawak, Mark Adam iaitu Norazah Redzuan selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah awal tahun ini mendapat perhatian ramai.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan penghijrahan isteri. Sejak pakai tudung, dia semakin cantik,” kata penyanyi tersebut.

Menurut Mark Adam, keputusan berkenaan adalah di atas isterinya sendiri malah tiada sebarang paksaan. Namun, penyanyi ini berharap isterinya akan terus istiqamah dalam memakai tudung.

Tambahnya lagi, “Sejujurnya, saya suka melihat dia pakai tudung. Sebagai suami, saya sangat gembira. Pada awalnya terkejut juga sebab dia tak ada cakap apa-apa pun. Tetapi itu keputusannya sendiri.”

“Paling penting, setiap keputusan dibuat haruslah istiqamah. Saya juga berdoa semoga hubungan kami ini sentiasa dipelihara dan dalam lindungan Allah SWT,” ujarnya.

Mark atau nama Islamnya, Mark Adam Fikri Abdullah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003.

5) Nur Syahirah A. Rahman (Isteri Fad Bocey)

Pelawak, Fad Bocey, bukan sahaja bersyukur bahkan hatinya juga bertambah tenang apabila isterinya, Nur Syahirah, kini memilih untuk berpenampilan berhijab.

Disebabkan perubahan ini, rakan artis dan peminat telah memuji isteri pelawak tersebut yang dikatakan makin anggun apabila mengenakan hijab.

Melalui satu perkongsian dalam Instagram milik suaminya, Nur Syahirah telah mendedahkan sebab utama dia mengambil keputusan untuk berhijrah.

Nur Syahirah atau lebih mesra disapa Sya itu berkata bahawa dia kerap bermimpi hari kiamat dan satu persatu ahli keluarga meninggalkannya.

Tambah Sya lagi, memilih untuk memakai tudung bukanlah menunjukkan yang seseorang itu baik dan sempurna namun apabila sudah mula bertudung, ia boleh membawa diri ke arah yang lebih baik.

Katanya, “Tak ada satu pun manusia sempurna tapi kita cuba untuk cari kesempurnaan itu. Tiada paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tidak boleh korbankan perkara itu?”

“Satu ceramah yang saya dengar dari YouTube, tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yang tidak menutup auratnya. Saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Moga ada yang dapat bimbing saya,” ujarnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : says.com dan gempak.com via SweetNutella