Masih Ingat Audition Mamat Ni, Suara Sedap Tapi Kelakar Dia Macam Ujikabat Raja Lawak

0
517

Usop gembira dapat semula akaun Instagram

PENYANYI Usop yang dicungkil dari rancangan Mentor bersyukur apabila dia akhirnya mendapat semula akaun Instagram selepas hampir empat bulan digodam.

Usop atau Saiful Naim Muhd Noor, 21, berkata, dia berusaha untuk mendapatkan akaun tersebut dengan pelbagai cara termasuk meminta bantuan rakan dan peminatnya.

“Alhamdulillah akhirnya semalam (Ahad) ada seorang individu menghubungi dan memulangkan akaun IG saya yang digodam selama empat bulan.

“Walaupun semua gambar hilang tapi sekurang-kurangnya dapat semula pengikut yang berjumlah lebih 400,000 ribu itu semula. Sejujurnya saya memang susah hati sehingga menyebabkan saya tidak lalu makan dan kurus,” ujarnya kepada mStar Online pada Isnin.

Usop bakal berpindah ke Kuala Lumpur

Akaun Instagram Usop menjadi mangsa penggodam selepas dia menulis komen di akaun aktres Janna Nick yang digodam pada Disember lalu.

Kata Naib Juara Mentor Milenia 2017 ini, dia menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran dan serik untuk menulis komen di mana-mana Instagram orang lain.

“Saya serik dan takut nak komen di mana-mana Instagram, sekarang saya tidak mahu masuk campur hal orang lain.

“Empat bulan ini peminat tidak tahu perkembangan saya dan menyangka saya sudah tiada dalam industri,” ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Usop berkata, dia sudah membuat keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur pada Julai depan.

Katanya, ia bagi memberi fokus kepada kerjayanya sebagai penyanyi.

“Julai ini saya akan pindah ke Kuala Lumpur untuk fokus menyanyi. Selama ini saya terpaksa ulang-alik ke Kedah jika ada undangan di Kuala Lumpur.

“Lagi pula, saya akan keluar single terbaru dan mudah untuk urusan promosi,” ujarnya.

VIDEO :

Apa pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Facebook Sosej Sambal via SoyaLemon