“From Blonde To Makkah” – Pengacara Hazeman Huzir Tunai Umrah

0
223

Pengacara Motif Viral, Hazeman Huzir atau lebih dikenali sebagai Haze telah selamat berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Umrah semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Haze memohon kepada pengikutnya supaya mendoakan perjalanannya ke tanah suci akan dipermudahkan.

“Since tak payah Ihram dulu, sebab land Madinah, asalnya nak pakai t-shirt hitam, jaket kulit, seluar jeans je tadi.

“Tapi kang jemaah lain ngata pulak “Awak ni nak pergi jalan-jalan Pavilion ke?” Anyways, just a little bit of old stories I’ve collected from various grandfather stories.

“Dulu masa zaman tak ada kapal terbang atuk dan moyang kita akan tulis wasiat dulu sebelum gerak Umrah dan Haji melalui kapal laut.

“Sebab instead of dua minggu pergi Haji dan Umrah macam sekarang, back then the length back and forth can reach up to months.

“Oleh disebabkan ada yang gerak pakai kapal laut, ada yang meninggal dalam perjalanan. Dan dari yang saya baca selepas selesai urusan jenazah, arwah akan disemadikan ke laut.

“Yeah I’m being morbid, I know. Aku pun tak tau kenapa aku cerita ni. But my point here is this.

“In keeping with the traditions in a modern setting, aku ada dua jenis harta kebendaan. Satu fizikal, satu virtual.

“Harta fizikal aku wasiatkan pada ahli keluarga. Harta virtual aku wasiatkan pada kalian. Sebagai contoh, penampilan TV, video Youtube, gambar IG dan penulisan Twitter. 

“Kalau apa-apa terjadi, itulah yang saya tinggalkan buat kalian. Bagaimana anda gunakannya, itu dah jadi hak anda.

“Tapi saya minta jasa baik kalian. Maka mana saya yang dahulu ada aib, tutuplah aib saya, seperti anda menutup aib sendiri.

“Ok guys? Iols nak gerak lu. Pape roger. Doakan saya. Assalamualaikum bai #fromblondetomekah,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi salah satu komen di ruangan entri Haze menyatakan perjalanannya ke sana berseorangan tanpa ahli keluarga.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar ibadah Haze berjalan dengan lancar.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak