“Apa Yang Siti Nurhaliza Buat Ni” – MeIatah Pun Sopan, Peminat Terhibur Lihat Gelagat Spontan TokTi

0
3734

Menerusi laman Twitter, ada seorang individu memuat naik satu rakaman video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti yang terkejut melatah dengan sopan, tetapi lucu!

Insiden tersebut berlaku di sidang media program Big Stage minggu keempat, yang menyaksikan bintang yang sinonim dengan gelaran ‘penyanyi nombor satu’ itu memberikan imuniti buat Fieya Julia.

“Tokti melatah pun sopan. Hahahaha,” tulisnya pada video tersebut.

Lantas, rakaman video tersebut menjadi perhatian peminat dan rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Tok Ti.

Malah, Tok Ti sempat berkata “apa yang Siti Nurhaliza buat ni” sambil dipandang mesra rakan artis, Jaclyn Victor dan wakil Astro.

Sekadar informasi, Tok Ti bersama penyanyi Indonesia terkenal, Judika dan Cakra Khan merupakan juri tetap untuk program realiti nyanyian Big Stage 2019.

Sementara Jaclyn Victor pula dijemput sebagai juri jemputan pada minggu berkenaan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter Idan Matt via MH