Faiz Tapaw Ditahan Polis Kerana Ganja?

0
195

Semalam sebuah akhbar melaporkan seorang pelakon dan pelawak tempatan ditahan polis selepas menemui ganja seberat 7.5 gram dan alat menghisap ganja di kediamannya di Taman Melati.

Turut Jumpa Alat Kisar Daun Ganja

Lebih mengejutkan, dalam serbuan pihak polis turut menemui alat mengisar daun ganja. Siasatan awal mendapati lelaki berusia 26 tahun itu mendakwa mendapat bekalan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor. Malah pelakon yang berasal dari Perak itu mengaku mengambil dadah sejak enam bulan lalu.

“Lima anggota menyerbu sebuah rumah di Taman Melati susulan maklumat sebelum menemui seorang lelaki di kediaman berkenaan. Lelaki berkenaan kemudian mengambil sendiri sebuah beg kain berzip berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu rumah.Beg berkenaan mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan daun kering disyaki dadah jenis ganja dianggar seberat 7.5 gram,”

Faiz Tapaw Pelakon Yang Dimaksudkan?

Menerusi carian Hangat.com menerusi sebuah laman sembang, netizen membuat andaian mereka sendiri dengan menyebut Faiz dari Kumpulan Tapaw adalah individu yang dimaksudkan pihak polis.

Kumpulan Tapaw pernah menyertai program realiti, Bintang Mencari Bintang di TV3 suatu ketika dahulu.

Sejauh manakah kebenaran ini, kami sendiri tidak pasti kerana ianya hanyalah andaian dari netizen di portal tersebut.

 

Sumber : Carigold.com

Kredit; Soyalemon